NAK KAHWIN TAHUN DEPAN TAPI MASIH TAK CUKUP DUIT ??

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Dah decide dengan pasangan nak kahwin tahun depan, tapi duit masih tak cukup. Biar betul ??? Jom baca beberapa point yang korang boleh guna antara anda dengan pasangan anda. Semoga bermanfaat.

1) Buat tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan bila muncul sahaja putera dan puteri dari kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan. Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan sama. Pelik betul couple bertahun, tabung kahwin RM 5000 pun tak pernah wujud. Contoh....

2) Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakan sekarang. Kalau majlis perlukan RM 20k, seorang kena kumpul RM 10k, ada berani ? Tag pasangan anda cepat ! Barulah adil dan saksama, dua-dua bijak merancang. Yang lelaki, untuk buktikan dia mampu berusaha dan insha Allah boleh jadi seorang suami. Yang perempuan pula, untuk buktikan dia sanggup susah senang bersama. Kalau awal-awal lagi rela tengok dia susah seorang, macam mana bila kahwin nanti ??

3) Kalau kita nak kahwin tapi sampai sanggup ambil pinjaman atau pembiayaan untuk tampung majlis yang bakal dijalankan, percayalah anda sebenarnya belum bersedia untuk berkahwin. Kalau sebelum kahwin, kita dah kat komitmen tinggi dan tak mampu nak buat pinjaman. Jangan pula anda ingat kehidupan selepas kahwin akan lebih mudah walaupun Tuhan kata rezeki datang pelbagai cara selepas kahwin, tapi macam mana nak datang kalau kalian sendiri tidak usaha ?? 

4) Jika sebelum kahwin tak mampu nak simpan RM 500 sebulan, jangan berangan nak ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bayaran sebulan. Senak nak bayar nanti. Jenis lepas kahwin baru nak cari rumah sendiri, jenuhlah nak kumpul deposit rumah. Hutang kahwin tak habis-habis, bayang rumah pun tak kelihatan.

5) Jangan bergantung pada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau atau tanpa modal seperti dropship, Grab, Uber dll.

6) Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, photographer tak perlu ramai (seorang dua sudah memadai), kalau tak mampu buat dua majlis berasingan, gabungkan belah lelaki dan perempuan, buat satu majlis pun tak apa asalkan yang wajib tu berjalan lancar. Boleh jimat 50% lagi tau. Bridemaids tak perlu wujud langsung andai kata kita yang kena tanggung kos.

Tapi, semua kembali pada kita. Perkahwinan secara sederhana tapi majlis berjalan lancar hingga ke akhirnya atau kahwin besar-besaran, kos makan banyak duit tapi masih juga majlis berjalan lancar ? Yang pasti, cukup sekadar kita menghebahkan perkahwinan kita pada orang ramai dan menjamu tetamu yang diundang. Sekian...

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner