10 Prosedur Kahwin Di JOHOR


  
Assalamualaikum dan selamat pagi Bakal-Bakal Pengantin semua ! 😍 Harini saya ada nak share sikit berkaitan kahwin untuk anda yang berada di Johor ...

Sebelum ni pernah juga saya share berkenaan Prosedur kahwin ni tapi lebih kepada general (Prosedur Kahwin Yang Wajib Diambil Tahu) . Cuma kalini nak lebih fokus pada warga-warga Johor pula sebab setiap negeri ada cara-cara mereka sendiri kan ??

Pertama sekali ialah TARIKH .. Kenapa dengan tarikh ?? Yelaa, ada tarikh baru lah korang boleh fokus sebab dah ada target bulan berapa nak kahwin tu, tak ada lah last minit plan semua benda. Tentukan tarikh nikah dan sanding bersama pasangan anda bila dan dimana. Dewan ke ? Rumah ke ? Kanopi ke ? Sebaiknya tentukan dalam masa 6 bulan sebelum tarikh perkahwinan dipilih dan pilihlah TARIKH yang memudahkan semua pihak.

Kedua ialah KURSUS PRA PERKAHWINAN .. haa ! yang ni penting, tak sertai tak boleh kahwin. huhu ! Wajib hadiri kursus kahwin sebelum membuat permohonan nikah. Untuk warga Batu Pahat, tempat kursus kahwin disediakan ialah di Pejabat Peladang, Simpang Lima.

Ketiga ialah PERMOHONAN PERNIKAHAN ONLINE .. Anda atau pasangan anda perlu lengkapkan pendaftaran secara atas talian dan selepas itu print borang tersebut. Anda juga disarankan untuk download Borang Permohonan Nikah, Senarai Semak Dokumen, Borang Laporan Kesihatan (HIV) dan Borang Pengesahan Saksi untuk Bernikah.

Keempat ialah PEMERIKSAAN HIV .. Boleh buat dalam masa 1-3 bulan sebelum majlis perkahwinan anda dijalankan. Hanya sah dilakukan di klinik / poliklinik Kerajaan sahaja. Swasta tidak diterima. Borang boleh didapatkan setelah anda buat permohonan nikah online. Hanya sah dalam masa 6 BULAN sahaja. Boleh rujuk sharing berkaitan HIV ⇒ Ujian HIV Pra Perkahwinan

Kelima ialah PENGESAHAN BERMASTAUTIN .. Surat pengesahan bermastautin boleh didapatkan dari ketua kampung / mukim. Surat ini perlu diisi sekiranya Alamat pada IC anda tidak sama dengan daerah yang anda bakal bernikah. Contoh, alamat IC di Selangor, namun anda telah lama menetap di Johor dan mahu membuat pendaftaran nikah di Johor. Oleh sebab itu, anda perlu mengisi Borang Pengesahan Bermastautin ini. ** Solusi lain sekiranya Pihak Ketua Kampung atau Mukim sukar dihubungi, anda boleh menukar alamat IC anda di pejabat UTC.

Keenam ialah DOKUMEN SOKONGAN .. Apa yang anda perlukan berkaitan dokumen sokongan ialah Salinan Kad Pengenalan anda, Salinan Kad Pengenalan Ayah, Ibu dan Saksi Borang, Sijil Nikah Ibu Bapa (Pihak Perempuan), Surat Akuan Status Diri, dan beberapa surat sokongan lain seperti disenaraikan dalam Senarai Semak Dokumen.

Ketujuh ialah PENGESAHAN KETUA KAMPUNG / MUKIM .. Anda hendaklah mendapatkan Surat Akuan Status Diri (Bujang, Janda, Duda dll). Dapatkan dari ketua kampung dan mereka akan sediakan borang beserta cop. Tentukan siapa saksi borang pengesahan status (tidak semestinya dari saksi akad). Saksi borang mestilah LELAKI selain adik-beradik. Dapatkan juga Salinan Kad Pengenalan kedua saksi tersebut.

Kelapan ialah TEMUDUGA .. Serahkan borang dan dokumen sokongan. Buat pembayaran di Pejabat Kadi dan selepas itu anda bakal ditemuduga. Pastikan anda berpakaian sopan dan menutup aurat terutamanya Perempuan. Antara soalan Lazim yang biasa ditanya ialah:

➤ Kalimah Syahadah beserta maksudnya
➤ Bacaan Al-Fatihah beserta terjemahannya
➤ Qunut
➤ Rukun Nikah
➤ Rukun Islam
➤ Rukun Iman

Kesembilan ialah SERAHAN FAIL KHAS .. Setelah selesai dan lulus sesi temuduga, pejabat kadi akan menyerahkan fail khas berisi dokumen korang. Serahkan fail ini kepada imam (kadi) tempat anda bernikah mengikut nama imam (kadi) yang tertera di fail. 

Kesepuluh ialah BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAH .. Pastikan anda menyediakan 3 sampul berbeza (1 untuk kadi dan 2 untuk saksi) dan kadi akan maklumkan berapa jumlah upah perlu diberi. **Praktis Lafaz Akad (Praktikkan selalu, berulang-ulang supaya anda tidak gugup, sentiasa berdoa agar Dipermudahkan Segala Urusan anda dan pasangan anda)

Kesebelas ni tambahan saja. TOL KAHWIN .. Saya kurang pasti adat dinegeri lain bagaimana namun kebiasaanya di Johor setiap pasangan yang berkahwin bagi pihak perempuan akan mengenakan tol pada pihak lelaki untuk mereka melaluinya hingga ke pelamin. Nilai didalam sampul tidak kisah. Kebiasaan RM 1 sudah memadai kerana ia hanya suka-suka.

Itu sahaja sharing untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Sekian..

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner