Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

TUGAS YANG PENGAPIT PENGANTIN PERLU AMBIL TAHU!

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Kalau sebelum ni kami selalu kongsikan tips untuk bakal pengantin, kalini nak share pulak berkenaan Pengapit. Tahu tak pengapit ni antara terpenting dalam majlis perkahwinan ? Cuba bayangkan majlis perkahwinan tanpa pengapit ?? Ohh Tidak !! Takkan nak kipas semasa pengantin, lap peluh sendiri. Habis tak teraturlah majlis tu nanti.

Jadi, kalau ada Bakal Pengantin yang dah cari kawan untuk jadi pengapit anda, boleh suruh diorang baca tips ni. Yang memang sedar diri bakal jadi pengapit untuk kawan baik anda, boleh baca tips ni jugak. Lelaki mahupun perempuan ....


1) Jaga Penampilan 

Pengapit pengantin harus tampak kemas dan cantik ketika berada disamping pengantin serta mengikut tema warna yang telah ditetapkan. Bagi yang lelaki, jangan sesekali memakai selipar atau seluar jeans kerana ia akan mencacatkan pemandangan ketika berada di atas pelamin. Manakala, bagi perempuan, elak berpakaian seksi atau menjolok mata kerana saat itu anda juga terkena tempias pandangan orang. 


2) Tahu Tugas Pengapit 

Sebelum anda bersetuju untuk menjadi pengapit sahabat baik anda atau sedara mara, pastikan anda tahu tugas-tugas sebagai seorang pengapit pengantin. Tugas anda bukan sahaja mengiringi pengantin, malah anda perlu membantu dari aspek emosi dan sebagainya. Ibarat anda perlu melayan mereka seperti raja dan ratu sehari. 


3) Pakaian Pengapit Pengantin 

Pastikan warna pakaian pengapit pengantin tidak terlalu menonjol atau tampak suram. Menjadi kesalahan apabila pakaian pengapit pengantin kelihatan sarat melebihi pengantin kerana ia akan menenggelamkan pengantin itu sendiri. Cukup sekadar anda pilih pakaian yang simple dan ringkas seperti dress, kebaya atau kurung modern. 



4) Bawa Span Makeup 

Ini amat penting bagi pengapit pengantin bagi mengelap peluh pengantin. Jangan sesekali mengunakan tisu kerana ia akan menjejaskan make up dan mungkin akan terlekat bekas tisu di muka pengantin. Anda boleh meminta span pada MUA yang menatarias pengantin pada hari tersebut. Perkara yang kelihatan remeh seperti ini yang sesetengah orang tidak ambil tahu padahal penting. 


5) Sentiasa SENYUM 

Pastikan anda sentiasa melemparkan senyuman manis ketika menjadi pengapit pengantin. Selain pengantin, tetamu juga akan melihat anda sebagai teman pengiring ketika pengantin bersanding. Jangan tinggalkan pengantin terutama ketika mereka sedang bersanding. Anda harus ada disamping mereka mungkin sehingga selesai majlis. Sekiranya pengantin ada sesi photography di luar, anda juga harus ikut bagi membantu mereka. 

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami