PROSEDUR PERKAHWINAN YANG WAJIB DIAMBIL BERAT

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


1) Kursus Pra-Perkahwinan

Semua pasangan yang ingin berkahwin wajib menghadiri kursus pra-perkahwinan sebelum memohon kebenaran berkahwin. Kebiasaannya, kursus diadakan selama dua hari pada hujung minggu. Anda boleh menghadiri kursus pra-perkahwinan di mana-mana sahaja negeri di Malaysia, asalkan diiktiraf oleh Jabatan Agama Islam. Salinan sijil ini perlu dihantar bersama-sama borang permohonan nikah kelak.

Untuk menghadiri kursus pra-perkahwinan, bakal pengantin perlulah mendaftar terlebih dahulu dengan penganjur yang boleh dicari dalam talian, internet ataupun iklnan-iklan akhbar. Untuk pengesahan status kelayakan penganjur, anda boleh merujuk kepada Pejabat Agama Negeri. Pendaftaran awal adalah digalakkan untuk memudahkan anda memilih tarikh yang sesuai. Yuran yang dikenakan berbeza bergantung kepada penganjur, kebiasaannya antara RM 90 - RM 120 (paling max). Anda boleh datang dengan pasangan, rakan-rakan atau secara bersendirian. 


(Gambar sekadar hiasan)

2) Mas Kahwin

Pemberian mas kahwin atau mahar kepada isteri adalah wajib ke atas suami. Mas kahwin boleh diberi dalam bentuk wang, ataupun amalan-amalan tertentu seperti Al-Quran. Jika dalam bentuk wang atau harta, boleh diberikan secara tunai ataupun hutang. Sekiranya diakad secara hutang, suami tidak mempunyai hak yang penuh ke atas isteri selagi bayaran mas kahwin tidak diselesaikan. Mas kahwin adalah milik penuh si isteri, dan jika isteri ingin menebus talak dikemudian hari, bayaran mas kahwin perlu dikembalikan jika diputuskan kadi/hakim.

Dalam Islam, jumlah bayaran mas kahwin adalah tidak tetap, bergantung kepada persetujuan bakal isteri. Namun, dalam aspek perundangan negeri, sesetengah Pejabat Agama Negeri menetapkan jumlah minimum mas kahwin yang perlu dibayar, dan ada juga tidak menetapkan sebarang had minimum. Oleh itu, perlulah bertanya kepada Pejabat Agama Negeri bakal isteri untuk lebih kepastian. Bagi yang confuse, wang hantaran adalah berbeza dengan mas kahwin. Mas kahin adalah satu kewajipan manakala wang hantaran adalah adat semata-mata. 


(Contoh borang nikah di website e-NCR Johor untuk negeri Johor)

3) Borang Permohonan Nikah

Untuk memohon kebenaran bernikah, kedua-dua belah pihak perlulah mengisi dan menghantar borang permohonan nikah disertai dokumen-dokumen sokongan yang ditetapkan. Borang boleh diperoleh daripada Pejabat Agama Negeri, Penolong Pendaftar, Nikah Kariah ataupun melalui laman web Pejabat Agama Negeri. Sebaik-baiknya, borang boleh diisi dan dihantar paling awal tiga bulan sebelum bernikah.

Mengikut aturan, pihak lelaki perlu mengisi dan menghantar dahulu borang permohonan nikah ke Penolong Pendaftar Nikah di Pejabat Agama Negeri tempat bermastautin, disertai dengan dokumen-dokumen sokongan seperti kad pengenalan, surat pengesahan bujang (pilihan), surat persetujuan isteri pertama (jika berkahwin lagi), sijil menghadiri kursus dan lain-lain. Selepas mendapat pengesahan, borang tadi diberikan kepada bakal isteri untuk dihantar ke Pejabat Agama Negeri tempat bakal isteri bermastautin bersama-sama borang permohonan daripada bakal isteri. Bakal isteri perlu menghantar tambahan salinan kad pengenalan wali dan dua orang saksi.

4) Ujian HIV

Setiap pasangan yang bakal berkahwin diwajibkan untuk menjalani ujian HIV sebelum bernikah. Ini untuk mengetahui status HIV masing-masing sebagai usaha mengurangkan kadar HIV seluruh negara. Borang saringan ujian HIV akan diberikan Pejabat Agama Negeri dan keputusan ujian akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.

Ujian HIV bukanlah penghalang kepada sebuah perkahwinan. Walaupun keputusan HIV anda positif, anda masih boleh memohon kebenaran berkahwin dengan syarat-syarat tertentu seperti menghadiri sesi kaunseling dan memaklumkan keputusan kepada bakal pengantin. Keputusan tidak perlu dimaklumkan pada ahli keluarga ataupun orang lain. Semasa sesi kaunseling, anda dan pasangan akan diajar teknik mencegah penyebaran HIV. Selain ujian HIV, bakal pengantin turut digalakkan menjalani ujian kesihatan menyeluruh dan ujian genetik terutamanya Thalassemia.

5) WALI & SAKSI

Dalam Islam, pernikahan yang sah perlu mendapat kebenaran wali dan pengesahan dua orang saksi lelaki. Wali yang diutamakan adalah bapa kandung yang sah bagi pihak perempuan, jika tiada, datukya disebelah bapa ataupun adik beradik lelaki seibu sebapa dan turutan seterunya (boleh ditanya kepada ustaz atau ustazah). Wali perlu hadir ketika majlis pernikaha, dan boleh menikahkan sendiri anak perempuannya ataupun diwakikan kepada Penolong Pendaftar Nikah. Mereka adalah wakil daripada Pejabat Agama Negeri dan beliau wajib hadir untuk mengesahkan pernikhana, membacakan khutbah nikah dan menguruskan dokumen selepas pernikahan. Penolong Pendaftar Nikah perlu ditempah dan dimaklumkan awal supaya dapat hadir semasa majlis pernikahan.

Selain wali dan Penolong Daftar Nikah, pihak bakal isteri juga perlu menyediakan dua orang saksi lelaki yang sah. Sebagai menghormati adat, saksi biasanya dipilih dari kalangan bapa saudara sebelah bapa ataupun ibu. Boleh juga meminta adik-beradik lelaki yang lebih tua untuk menjadi saksi. Yang penting, mereka perlu hadir dan mendengar akad dilafazkan dengan jelas.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner