Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

TIPS PILIH WEDDING PLANNER

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


🔺 LOKASI : Pilih perancang perkahwinan yang lokasinya dekat dengan tempat majlis anda akan berlangsung. Ini kerana jika ia berhampiran, beliau mungkin ada 'connection' yang banyak di sana atau pernah bekerja di lokasi majlis anda serta pernah bekerjasama dengan vendor-vendor sekitar lokasi. Dalam masa sama, anda tidak akan dikenakan kos pengangkutan.

🔺 VENDOR PILIHAN : Selalunya perancang perkahwinan ada vendr-vendor favorite mereka. Daripada kad kahwin hinggalah ke pilihan pelamin dan bunga. Ambil masa sedikit untuk kenal vendor pilihannya untuk mengetahui 'style' dan citarasa perancang perkahwinan anda ini.

🔺 PERSONALITI: Jika adan tidak perlu selalu berjumpa, mungkin hal ini tidak menjadi masalah untuk anda. Namun, dalam merancang perkahwinan, anda tentunya akan selalu berhubung. Cari perancang perkahwinan yang anda betul-betul selesa dan suka. Jika anda sendiri tidak berkenan dengan perancang perkahwinan anda, khuatir menambahkan stress pula.

🔺 PENGALAMAN : Lebih baik jika anda mengambil khidmat perancang perkahwinan yang ada pengalaman. Mereka lebih arif tentang selok belok dunia persiapan perkahwinan. Mereka sudah bersedia untuk perkara-perkara yang tidak diduga dan ada penyelesaian untuknya. Selain itu, mereka juga ada banyak 'connections'. Namun, jika anda mahu memberi peluang kepada perancang perkahwinan yang baru meningkat naik pun tak salah. Selagi anda percaya dan yakin dengan kemampuan mereka, apa salahnya, teruskan.

🔺 MASA : Perhatikan masa yang diambil untuk menjawab email / whatsapp anda. Jika beliau ambil masa yang lama atau banyak kali sangat menunda pertemuan, pertimbangkan untuk fikir perancang perkahwinan yang lain pula. Memang bukan anda seorang saja bakal pengantin yang beliau perlu urusa, namun dengan wang yang anda bakal laburkan, sepatutnya anda patut mendapat perhatian yang setimpal.

🔺 PORTFOLIO : Macam masa anda pilih jurufoto, anda kena ada rasa teruja bila melihat gambar-gambarnya, begitu juga dengan perancang perkahwinan. Anda kena ada rasa 'wow' apabila melihat portfolionya. Jika anda rasa tidak teruja, mungkin anda lebih sesuai dengan perancang perkahwinan yang lain.

🔺 CITARASA : Untuk berkolaberasi, yang penting adalah 'chemistry'. Paling bagus jika anda suka 'taste' nya. Bagaimana beliau menghias kerusi, pilihan bunga dan sebagainya. Jika anda sendiri tidak gemar akan 'taste' nya, besar kemungkinan akan ada rasa kurang senang dikemudian hari. 

🔺 CITARASA ANDA : Perunding perkahwinan yang sesuai akan dapat memberi tambahan idea atau mencantikkan lagi idea asal anda dan pasangan anda. Bukannya cakap 'Tak Boleh' dan paksa anda ikut ideanya. Selalu ingat yang ini adalah majlis anda, bukan mereka. Cari perunding perkahwinan yang sama teruja dengan anda.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Post a Comment

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami