LANGKAH TERBAIK MEMILIH KATERING

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Buat pasangan pengantin yang ingin mencari Katerer untuk majlis perkahwinan anda digalakkan untuk membuat survey terlebih dahulu. Bukan apa, zaman sekarang orang sanggup je menipu untuk mendapatkan untung. Mungkin sebelum-sebelum ni saya pernah share berkenaan pemilihan katering, tapi kali ini lebih terperinci, insha Allah.

1) Haruslah Mengikut Budget Pasangan

Kenapa begitu ? Ini kerana walaupun perkhidmatan katering ni kadang ada yang under budget atau ngam--ngam dengan budget kita, tapi pasangan mesti tahu apa pakej yang ditawarkan. Senang cerita semasa food tasting, ajak pasangan anda sekali.

2) Jangan Percaya 100% Dengan Pakej Ditawarkan

Walaupun pelanggan dapat tawaran katering yang sangat murah seperti RM 7 / pax, pelanggan hendaklah dapatkan food tester terlebih dahulu untuk tahu tentang rasa dan kualiti makanan yang disediakan. Dikhuatiri hidangan yang begitu murah tidak menepati selera anda dan tetamu yang diundang. Namun begitu, anda harus juga berjaga-jaga dengan katerer yang sediakan pakej yang mahal. Mahal pun belum tentu sedap.

3) Adakah Termasuk Makanan Beradap Pengantin ??

Ada sesetengah katerer provide makan beradap include dalam pakej, namun ada juga tidak berbuat demikian. Namun begitu, jika termasuk, pastikan anda tahu sajian atau hidangan macam mana yang mereka sediakan ya.

4) Berapa Kanopi Disediakan ??

Kadang ada sesetengah pelanggan jarang ambil serius tentang hal ni. Bagi mereka, bila dah tempah dengan katerer, pandai-pandailah mereka uruskan semasa hari majlis nanti. Tapi, anda sebagai pelanggan harus tahu supaya majlis berjalan lancar, insha Allah. Contoh, jika 5 kanopi sesuai untuk 1000pax, maka setiap kanopi perlu ada 4 meja dan ada 8 kerusi bagi 1 meja.

5) Kad Jemputan dan Tetamu Hadir

Yang ni lagi penting ! Sebab dia main point bila anda decide untuk ambil katerer bukan rewang untuk majlis anda. Ini kerana jika edaran kad kahwin anda sebanyak 500pcs, maka tetamu yang bakal hadir dalam anggaran 1000 org. Tak termasuk yang anda jemput melalui social media yang lain. Jangan pula kad jemputan 1000pcs, anda tempah dengan katerer pun untuk 1000 orang. Pasti makanan takkan cukup !!

**Sebaik-baiknya pihak pelanggan haruslah berjumpa dengan pihak pengurusan katering dan berbincang dengan lebih terperinci.

Banyak lagi tips yang bakal kami kongsikan di sini. Harapan kami agar majlis berbahagia anda terlaksana dengan jayanya.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner