TIPS PERSEDIAAN BAKAL PENGANTIN LELAKI

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Kalini saya nak khususkan tips untuk kaum Adam diluar sana Tips yang perlu anda ambil tahu bagi menghadapi saat indah bergelar suami kepada sang ratu yang bertakhta dihati. Jom baca !


1) Sila Sediakan Sapu Tangan

Risau bila hati dah berdebar, ditambah cuak pula, sudah semestinya peluh bakal merembes membasahi diri terutama masa nikah. Lupakan kipas dan aircond, kerana semestinya anda akan berpeluh, ditambah cahaya lampu pelamin lagi. Jadi, sediakanlah sapu tangan untuk lap peluh jantan anda tu atau boleh ingatkan pengapit untuk bawa tisu sebagai spare part.


2) Kasut Yang Bersih

Bersanding, duduk berdua di atas pelamin tersergam nan indah. Tapi, hilang indahnya jika anda memakai kasut yang alahai "macam baru lepas main lecak". Pastikan kasut anda cantik, kemas, bersih dan berkilat. Barulah anda lebih nampak yakin dan tampak indah je diatas pelamin bersama pasangan anda.


3) Duit Upah Juru Nikah dan Saksi

Ini antara persediaan yang penting yang anda perlu ambil tahu. Pastikan duitnya sudah anda siap-siap letak didalam sampul. Adab kita, supaya nampak lebih sopan dan beradap. Jangan pula anda tak bagi pak imam duit atau masa tu baru nak mencari, nak meminjam dari orang lain. Malu tau ! Huhu.


4) Pakai Stokin

Kenapa perlu pakai stokin ? Ini untuk biar anda nampak lebih segak, kemas dan elegan. Tips memilih stokin adalah warna dan coraknya. Jangan pilih untuk pakai stokin berwarna terang sampai 5 batu boleh nampak. 😂 Pilih warna yang selamat seperti hitam, coklat atau kelabu. Kalau nak selamat, beli je yang baru. SELAMAT dan BEBAS BAU.


5) Sila Bawa Bersama Pen 

Jangan lupa bawa pen bersama, tapi semasa majlis pernikahan berlangsung. Jangan dibawa masa nak sanding pulak. Haha ! Pen tu bawa yang cantik sikit, jangan bawa pen dakwat dah nak habis. Senang cerita, beli baru dan tunjukkan anda sudah bersedia. Nanti kalau photographer ambil gambar, takdelah kuno sangat pen digunakan.


6) Pakaian Dalam (Singlet)

Jika baju yang bakal dipakai tidak kira untuk nikah atau sanding adalah berwarna putih, pastikan anda pakai singlet. Bukan apa, takut kalau berpeluh, singlet tu boleh serap peluh anda. Tanpa singlet, habislah berbekas baju anda disebabkan peluh. Baju warna putih selalunya jarang, jadi pakai ok !

Mungkin tips ni tak berapa penting bagi sesetengah orang, namun ia masih berguna untuk anda. Jangan pandang ringan persediaan kecil ini wahai jejaka diluar sana sebab ia adalah hari bahagia anda sendiri. Kesempurnaan akan terjadi dengan kepekaan dari anda. 

Semoga berjaya ...

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷



WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner