Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

TIPS MEMILIH BUSANA PENGANTIN BUAT PENGANTIN BERBADAN GEMPAL

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



Wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar atau gempal pasti teringin kelihatan anggun dan ayu saat bergelar ratu sehari. Namun, yang sering menjadi masalah apabila mereka sukar untuk mencari busana pengantin yang dapat membuat mereka kelihatan langsing dan bergaya. 

Jika anda ingin kelihatan ramping dan bergaya, ikuti tips yang admin beri ini. Usaha dahulu sebelum berkata. 


1) Potongan Baju 

Pilihan baju sexy shoulder membiaskan ilusi terbaik pada bahagian atas badan terutama buat mereka yang mempunyai bidang bahu yang agak besar atau lebar. 

Pilihan sama ada bukaannya hanya paras bahu (off shoulder) mahupun sehingga ke pangkal dada. Potongan kolar berbentuk V-Shape juga sesuai dan akan memberikan kesan leher yang lebih jinjang. 

Baju akan tampak lebih indah disusuli rekaan lengan daripada fabrik renda perancis polos, hanya hujung lengan direka sulam sedikit sarat. 


2) Fabrik Bermotif 

Sekiranya anda memilih fabrik atau baju yang mempunyai corak atau motif, elakkan daripada memilih motif horizontal dan saiz motif yang terlalu besar. 

Sebaliknya, pilihlah baju bermotif garis-garis vertikal dan secara tidak langsung, tubuh gempal kelihatan tinggi dan ramping. Garisan-garisan yang dihasilkan mencetuskan ilusi yang lebih langsing dan kurus. Tip ini mungkin kelihatan kecil tetapi memberi impak yang besar secara visual. 


3) Aksesori Ideal 

Memilih aksesori yang sesuai tidak kurang pentingnya untuk penampilan yang lebih menyerlah. Pemilihan aksesori dan kasut yang tepat sangat penting bagi memastikan penampilan anda tidak terlalu sarat dan berat. 

Kebanyakkan kaum wanita mengalami kesulitan menggunkan kasut yang terlalu tinggi, jadi pilihlah kasut yang rendah atau mengenakan wegdes. Kasut yang lebih tinggi akan memberi kesan tubuh yang lebih jinjang pada orang berbadan gempal. 


4) Pilihan Fabrik 

Dari segi pemilihan fabrik, wanita plus size perlu memilih kain yang lebih lembut dan polos seperti sifon, sutera atau satin yang tidak terlalu berkilat. 

Elakkan dari memilih kain jenis jersey atau fabrik yang melekat ke badan kerana ia akan menampakkan lagi susuk badan anda yang gempal itu. Anda juga disarankan memilih fabrik yang lebih berat kerana ia bakal menghasilkan siluet yang lebih kemas dan terletak. 


5) Memahami Bentuk Tubuh 

Tips terakhir memilih busana pengantin bagi wanita berbadan gempal ialah dengan memahami bentuk tubuh badan anda sendiri. 

Seperti mana yang kita ketahui, wanita bertubuh curvy juga mempunyai bentuk tubuh yang pelbagai. Oleh sebab itu, pemilihan baju yang sesuai dan tepat turut menentukan pesona dan keanggunan penampilan anda di hari bahagia. 

WHATSAPP / TELEFON: http://whatsapp.com/0176457094 

EMAIL: krweddingevent@gmail.com




#krweddingevent #pelaminmurahbatupahat #pelaminbajet #pelaminmurah #pakejbajet #bridalmurah #bridalbatupahat #bridaljohor #minipelamin #bridal #pelamin

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami