Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

PENGANTIN LELAKI PERLU PERSIAPKAN 3 HARI SEBELUM AKAD NIKAH!

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



Persiapan menjelang perkahwinan bukan hanya dibuat beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan tetapi pada setiap masa sehingga sebelum hari majlis tersebut tiba. Justeru itu, admin nak share beberapa tips istimewa untuk bakal pengantin lelaki dalam membuat persiapan tiga hari sebelum majlis berlangsung. 


1) Jurucakap Rombongan 

Pihak lelaki mahupun tuan rumah perlu menentukan siapa yang akan menjadi wakil jurucakap rombongan ketika majlis akad nikah berlangsung. Hal ini sangat penting kerana tidak semua dapat menjadi wakil dan bercakap dengan mudah. Kebiasaan, mereka yang selalu menjadi jurucakap rombongan adalah atok, pakcik atau sedara mara yang lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman. 

Jika anda mempunyai sedara-mara yang sudah biasa menjadi wakil jurucakap, anda perlu yakin untuk meminta bantuan dari mereka. Orang kata "orang tua lebih banyak makan garam dari orang muda". 


2) Persiapan Akad

Walau berdebar mana pun degupan jantung ketika berlangsungnya majlis akad nikah, jangan sesekali abaikan persiapan akad. Ini bagi memudahkan urusan majlis berjalan dengan lancar. Insha Allah! 

Minta pendapat atau pertolongan dari mereka yang lebih berpengalaman dalam proses akad nikah. Jika perlu, berlatihlah bagi membantu menghilangkan gemuruh di hati. 



3) Jumlah Rombongan 

Pada saat-saat akhir ni, kebiasaanya jumlah rombongan lelaki semakin bertambah. Keluarga dan sepupu-sepapat pastinya ingin hadir, tidak kira juga kawan-kawan rapat yang ingin hadir bagi memeriahkan majlis. Bagi mengelakkan salah faham, bagi mengelakkan kekurangan makanan, pastikan pihak lelaki memaklumkan pada pihak perempuan tentang jumlah rombongan yang akan ikut serta semasa majlis perkahwinan. Ini bagi memudahkan pihak wanita menyediakan ruang untuk keselesaan pihak lelaki dan juga menyediakan ruang makan yang mencukupi bagi pihak lelaki.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami