Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

TIPS MEMILIH JURUGAMBAR UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



1) TINJAU ARTWORKS

Perkara pertama yang korang kena lakukan adalah korang kena tinjau atau lihat sendiri hasil kerja photographer tersebut. Lihat sendiri hasil kerja-kerja mereka sama ada ia benar-benar memenuhi citarasa korang atau tidak. Senang kata, stalk semua gambar-gambar mereka sampai habis di Facebook, Instagram dan sebagainya.

2. LIHAT FEEDBACK ORANG RAMAI

Lepas tinjau artworks dan kalau korang berminat, langkah seterusnya adalah go through semua feedback dan komen-komen pelanggan mereka sebelum ini. Kalau korang kenal salah seorang pelanggan mereka, lebih baik korang tanya mereka sendiri. Ingat ! Gambar yang cantik tak semestinya menjanjikan perjalanan mendapatkan album yang cantik juga ya.



3) SESUAI DENGAN BAJET

Gambar cantik, feedback pun bagus. Jadi korang sudah boleh mula melihat pakej yang ditawarkan. Adakah ia bersesuaian dengan bajet korang atau tidak. Jikalau ragu-ragu dengan pakej yang dikenakan agak mahal, bandingkan dengan pakej photographer lain. Bandingkan harga dan korang akan dapat melalui pakej tersebut. Bagi saya, tips memilih jurugambar untuk majlis perkahwinan ini yang paling penting.

4) TERANGKAN TENTATIF PENUH MAJLIS

Sebagai pelanggan yang ingin menggunakan khidmat seorang jurugambar, korang WAJIB menerangkan tentatif penuh majlis sebagai jurugambar tersebut awal-awal. Beritahu mereka details tempat (dewan atau rumah), exact time nikah, sanding, malam berinai dan sebagainya. Jangan nanti elok-elok jurugambar ingatkan nikah saja, tiba-tiba ada malam berinai sekali. Dapat jurugambar yang berhati perut untunglah, tapi dapat yang memang strict, pandai-pandailah suruh anak buah ambil pakai phone sendiri.


5) CLEAR DENGAN CARA BAYARAN

Sebagai pengantin, korang perlu jelas dengan cara bayaran bermula dari deposit sehinggalah selesai semasa mengambil gambar dan album. Deal betul-betul dengan photographer, berapa kali bayaran perlu dibuat. Make sure korang terima resit supaya korang sendiri sedia maklum berapa bayaran yang sudah dibuat dan baki yang tinggal.

6) PASTIKAN ADA HITAM & PUTIH

Mungkin tak semua jurugambar buat benda macam ni, tapi kami ingatkan supaya ada 'hitam putih' ketika kedua pihak berhubung. Ini bukan saja memudahkan kerja korang malah memudahkan kerja jurugambar tu sendiri. Tak kisahlah sekiranya jurugambar tu kawan baik sendiri ke apa, zaman sekarang 'hitam putih' ni memang penting.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami