PESAN SEORANG USTAZ UNTUK ORANG BERTUNANG
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan(perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada yang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja".
gambar sekadar hiasan |
"Bila dah bertunang, bila awak dah buat satu ikatan(perjanjian) dengan seseorang, tak kisahlah sama ada satu tika dulu, dia yang datang approach awak dulu atau awak yang datang approach dia dulu, jangan mudah pandang atau jatuh hati pada yang lain. Pejam mata, fokuskan hati dan mata hanya pada satu insan sahaja".
Kami serentak menoleh.
"Apa maksud ustaz?" seorang dari kami bertanya.
"Dugaan bertunang ni lain, tak sama kalau awak couple saja-saja tu. Dulu, kalau sekadar bercinta, dugaan dia tak besar mana. Balik-balik awak akan bergaduh berdua je, gaduh-gaduh pun esok lusa baik semula. Tapi, bila mana dah bertunang, dugaan dan ujian yang datang tu lain macam sikit. Kebiasannya mesti melibatkan orang ketiga".
"Perasan tak dulu duduk sorang-sorang, tak ada orang nak kenal. Sekarang ni duduk je kat mana-mana restoran ke, mesti macam drama tv, tetiba ada orang nak kenal. Tengah beli barang, tetiba ada orang sapa, senyum. Masa tulah, syaitan akan main peranan dan bisik pada kita "Perempuan ni lagi baik dari tunang kau", "Kau tengok dia tu, sopan je, cantik pula tu. Tak macam tunang kau, biasa-biasa je" dan "masih ada masa lagi nak patah balik, sekaranglah sebelum kau menyesal".
Ustaz tiba-tiba berhenti. Kami masih menanti dengan penuh minat. "Cekalkan hati kalian. Jangan mudah berpaling. Memang betul, orang yang awak semua akan nampak tu akan jauh lebih baik daripada apa awak ada sekarang. Tapi, bukan ke tugas seorang lelaki ini adalah memimpin ? Pimpin isteri dan anak-anak menjadi lebih baik. Kalau mereka tidak bertudung, ajar sampai faham. Kalau mereka tidak tahu bab agama, tunjuk pada mereka bagaimana caranya".
"Bukankah kita juga bermula dari kosong satu tika dulu ? Jadi kenapa perlu mencari yang sempurna, sedangkan kita sendiri masih punya harapan untuk mengubah sesuatu itu menjadi sempurna.
"Masa dah tunang ni, buanglah segala perangai lama yang tak elok tu. Kita nak dirikan masjid dan sebelum melangkah masuk ke dalam masjid, kena pastikan diri kita ni bersih, suci. Kalau boleh tak ada pun sedikit titik hitam pada hati. Barulah Allah redha".
Kami menangguk perlahan.
"Apa pun, jang suka sangat pegang hati awak erat-erat. Serahkan pada Tuhan. Dia pegang, Dia akan jaga hati awak baik-baik. Bukankah Dia yang menentukan soal jodoh, kematian dan apa pun asbab terjadinya sesuatu di dalam hidup awak ? Serahkan pada Dia. Dia tahu mana yang terbaik untuk awak dan seluruh kehidupan awak. Suka seseorang itu jangan suka sangat. Boleh jadi kita rasa dia baik untuk kita, tapi sebenarnya belum tentu".
"Istikharahlah"
"Tuhan pasti akan beri yang terbaik untuk seluruh kehidupan awak".
Saya terdiam lama. "Ya, insha Allah. Moga Allah redha"
Syafiq Ridhwan (Penulis Tepian Jalanan)
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
Comments
Post a Comment