PERKAHWINAN DALAM ISLAM

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ijab dan qabul ('aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya bermaksud perkahwinan Allah swt menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina. Firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki & perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuna, jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (Rahmatnya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui". (An-Nur : 32)

Hukum Perkahwinan

WAJIB kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah maksiat sedangkan ia seorang yang mampu. Disini mampu bermaksud ia mampu membayar mahar (mas kahwin) dan mampu memberi nafkah kepada bakal isterinya. Dalam permasalahan ini, boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu maka ibadah haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

SUNAT kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

HARUS kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.

MAKRUH kepada orang yag tidak berkemampuan untuk memberi nafkah zahir dan batin tetapi sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat.

HARAM kepada orang yang tidak mampu untuk memberi nafkah zahira dan batin dan iia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia berkahwin.

Hikmah Perkahwinan

- Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala penzinaan, liwat dan pelacuran dan sebagainya dapat dielakkan.
- Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman.
- Memelihara kesucian diri.
- Melaksanakan tuntutan syariat.

Menjaga Keturunan

- Sebagai media pendidikan : Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi membesarkan anak-anak. Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan disyorkan Islam dilihat antara medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman untuk anak-anak.
- Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab.
- Dapat mengeratkan silaturrahim.

Bayaran Mas Kahwin atau MAHAR

Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai Mas Kahwin. Hukumnya adalah Wajib berdasarkan sepertimana firman Allah yang bermaksud : "Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin mereka sebagai pemberian Yang Wajib, kemudian jika mereka Dengan suka hatinya memberikan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya." (An-Nisa : 4)

Jumlah mahar yang wajib dibayar akan dikenakan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca Al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab Al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya.

Walimatulurus secara Islam

Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat (seperti majlis santapan makanan) diadakan dan menerima jemputan adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai sekiranya terjadi sesuatu perkara dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka.

Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti dilakukan selepas akad nikah; menjemput tetamu mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-mara, kaum kerabat dari kedua belah pihak, jirang dan rakan kenalan; bagi pengantin perempuan hendaklah mengikut sunnah Nabi Muhammad saw dengan cara bersederhana dan tiada unsur mehah, maksiat dan kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.

Dalam menganjurkan agenda berkaitan Walimatulurus, etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah dibolehkan, namun perlu diingatkan agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh Islam tanpa mempunyai rasa gharar (was-was) dalamnya. Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain. Islam melarang aktiviti persandingan seperti yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya.

Itu sahaja sedikit sebanyak perkahwinan yang boleh kami kongsikan dengan anda.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner