Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

5 TIPS HILANGKAN RASA GUGUP DI HARI PERNIKAHAN

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Bersedia Fizikal Dan Mental 

Pengantin lelaki harus bersedia dari aspek fizikal dan mental. Pastikan badan berada dalam keadaan sihat bagi menghadapi hari bersejarah itu. Rehat dengan secukupnya, elakkan diri daripada diserang sebarang penyakit. Dari sudut mental pula, lakukan persediaan daripada sudut pengetahuan agama. Caranya ialah dengan membaca buku-buku berkaitan. 

Bertanya pada pengalaman orang 

Sebagai bakal pengantin baru, tidak salah jika anda bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Mereka yang pernah melaluinya pasti lebih memahami situasi anda. Buang perasaan malu atau segan kerana ia tidak membantu anda untuk berdepan dengan majlis akad nikah. Dalam masa yang sama pasti ada petua yang boleh dikongsi oleh mereka dan diaplikasikan oleh anda. Pengalaman yang ditimba ini diharap dapat mengurangkan rasa gemuruh di hari bahagia itu. 

Yakin Pada Diri 


Yakinlah bahawa anda telah membuat keputusan terbaik dan tepat untuk mengahwini pasangan sekaligus membina sebuah keluarga impian. Hilangkan sebarang keraguan dan lafazkanlah ijab kabul dengan penuh keyakinan pada majlis itu, lakukan latihan beberala kali di depan mereka yang berpengalaman. Mungkin dari latihan itu, anda akan menyedari kesilapan dan memperbaiki sebaik mungkin. 

Berani Hadapi Cabaran 


Dalam berdepan dengan ramai tetamu yang hadir memeriahkan majlis pernilahan, pengantin lelaki harus menanam sikap berani dan cekal. Jika ia tidak dikawal, pengantin lelaki pasti akan diselubungi perasaan negatif sekaligus menyukarkan mereka melafazkan akad nikah. Pelajari bagaimana mengatasi kegugupan berdepan dengan khalayak yang pastinya memberikan perhatian kepada anda ketika akad nikah berlangsung. 

Motivasi Diri 

Berbicaralah pada diri sendiri dan ucapkanlah kata-kata semangat. Setiap yangbpositif pasti dapat menguatkan dan mempengaruhi minda bakal pengantin. Katakanlah pada diri sendiri yang anda mampu berdepan dan mengatasi situasi genting itu. Jangan biarkan rasa lemah, randa diri dan tidak yakin menyeluhungi diri. Nayatakan pada diri sendiri anda mampu melakukan yang terbaik dan melafazkan akad nikah dengan sempurna. -infoanda





Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami