Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

FABRIK SESUAI UNTUK BAKAL PENGANTIN BERBADAN COMEL

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Selalu runsing memikirkan potongan bagaimana yang sesuai untuk badan. Ada susuk tubuh lebih kepada "Buah Pear" atau besar pada bahagian bawah, ada yang berbentuk "Glass Hour" iaitu susuk tubuh yang mempunyai pinggang yang ramping dan sebagainya.

Ingin saya bertanya, sudahkah anda mengenali susuk tubuh badan anda ? Menjelang hari bahagia, semestinya anda ingin tampak cantik dan menawan. Di tambah pula dengan busana perkahwinan anda, semestinya anda ingin tampak luar biasa juga dihari persandingan anda. Namun begitu, kesalahan dalam pemilihan fabrik boleh menjadikan anda agak 'kurang menyengat' di hari bahagia nanti.


1) Gunakan Material Chiffon

Tahukah anda bahawa material chiffon memberikan impak yang cantik apabila disarungkan pada tubuh anda ? Kerana material chiffon akan lebih terletak atas sebab sifatnya yang mengikut tubuh dan berat. Cuba gunakan material chiffon yang agak berat supaya ia lebih indah apabila dipakai sang ratu sehari.

2) Elakkan Memakai Busana Terlalu Ketat

Mesikpun ada yang berpendapat bahawa yang mengikut tubuh itu adalah kemas, tapi dalam kes jika anda bertubuh agak gempal, saya nasihatkan supaya anda lebihkan kelonggaran dan elakkan terlalu ketat untuk baju pengantin anda nanti. Takut dikatakan sarung nangka pula nanti. Pemakaian baju / busana ketat akan menyukarkan anda untuk bernafas. Jadi, bijaklah membuat ukuran.


3) Busana Terlalu Longgar

Walaupun pemilihan fabrik anda cantik, tetapi jika anda memilih untuk mendapatkan ukuran yang besar atau longgarjuga tidak digalakkan. Ini bagi mengelakkan busana anda menjadi terlalu 'gedoboh' seperti baju tidur pula. Bincanglah dengan pereka anda dan dapatkan ukuran yang tepat ya.

4) Elakkan Memilih Material Elastik

Ingin saya nasihatkan anda untuk mengelakkan dari memilih busana yang menggunakan material elastik atau getah. Mungkin bagi anda senang kerana sifatnya yang stretchable, namun sebenarnya akan lebih menampakkan lemak ada di tubuh anda. Itu adalah sangat tidak bagus dan lebih kepada mimpi ngeri untuk semua bakal pengantin.


5) Satin Melembutkan Gaya

Material dari satin juga sama sifatnya seperti chiffon tetapi satin lebih kepada kelembutan fabrik itu sendiri. Satin juga menjadi salah satu fabrik yang boleh digunakan oleh pengantin berbadan gempal. Ini kerana ia bersifat jatuh dan berat walaupun kainnya lembut. Cuma perlu bijak dalam memilih rekaan pakaian.

6) Minimumkan Penggunaan Kain Lace

Material lace cantik dan nampak elegant apabila dipadankan dengan korset satin. Tetapi, harus anda tahu bahawa penggunaan kain dari material lace yang banyak akan membuatkan tubuh anda nampak sarat dan lebih besar. Jadi cuba kurangkan penggunaan lace ya.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami