Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

KENALI PASANGAN ANDA MELALUI WARNA KEGEMARANNYA

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Warna mempunyai pengaruhnya yang tersendiri terhadap personaliti seseorang kerana ia melibatkan minat dan perasaan. Jika anda sukakan sesuatu warna tertentu mungkin kerana cantik dipandang atau sesuai dengan jiwa anda.

Tetatpi tahukah yang setiap warna itu menggambarkan perwatakan dan siapa anda sebenarnya secara kasar. Bagi bakal pengantin yang akan melangsungkan perkahwinan, pemilihan warna yang tepat amat penting kerana ini mempengaruhi penampilan anda nanti.

Bukan sahaja wanita mempunyai minat terhadap warna tetapi lelaki juga amat mementingkannya dalam kehidupan sehari-hari mereka. Mari kita kenali sedikit sebanyak tentang perwatakan lelaki berdasarkan warna kegemarannya dan ianya sebagai rujukan sahaja ya.

♡ PUTIH - Jika seorang lelaki amat menggemari warna putih, ini bermakna yang dia adalah orang yang sentiasa ingin memulakan hidup baru dan bersedia menempuhnya bersama anda. Jiwa yang mudah dicorakkan dengan perkara-perkara yang baru dan mudah berubah ke arah yang lebih baik. Putih juga melambangkan kesucian dan kesegaran. Sangat sinonim dengan kebersihan dan keasliannya tersendiri, si dia yang menggemari warna putih ini juga seorang yang sangat cermat dalam pelbagai hal.

❤ HITAM - Warna hitam berkait rapat dengan kemewahan , jika si dia minat dengan warna hitam sebegini boleh dikatakan dia ialah seorang yang sangat sophisticated dan juga menghargai kemewahan dalam penampilannnya. Walaupun hitam seringkali dikaitkan dengan kedukaan atau ketakutan tetapi ia akan menambahkan lagi keyakinan seseorang kerana dianggap unggul dan berani menghadapi apa sahaja cabaran yang tiba.

💜 UNGU - Jarang kita jumpa lelaki yang gemar dengan warna ungu terutama sekali ungu terang. Ungu melambangkan kerohanian dan semangat spiritual yang tinggi. Mementingkan hubungan yang akrab dan berdasarkan ajaran agama. Dia juga mudah memahami apa jua yang tersembunyi atau erti kata lain perkara tersirat.

💚 HIJAU - Warna yang menenangkan dan juga sangat berkait rapat dengan alam, gabungan antara warna biru dan kuning ni sangat unik jika diminati. Hijau sangat menenangkan dan juga digalakkan untuk dilihat sentiasa. Bagi lelaki yang sangat meminati warna hijau ini, dikatakan mereka adalah dikategorikan sebagai pendiam dan tidak banyak cakap.

💛  KUNING - Kuning seringkali dikaitkan dengan semangat yang tinggi dan berkeyakinan. Tidak banyak lelaki yang gemar dengan warna ini secara keseluruhannya kerana dianggap terlalu terang. Kadangkala ianya juga dirasakan seperti warna yang baik untuk fikiran dan mencari ilham. Lelaki yang menggemari warna kuning ini biasanya akan dikategorikan sebagai pengecut atau penakut dan suka memaksa didalam perhubungan.

💙 BIRU - Jika si dia menggemari warna biru dan seringkali menjadi pilihan mungkin si dia adalah seorang yang pasif atau lambat dalam membuat keputusan. Biru melambangkan ketenangan tetapi di dalam perhubungan biasanya si dia tidak mudah untuk meluahkan kata hati dan bijak dalam menyembunyikan perasaan.

🍎 MERAH - Sinonim dengan agresif dan bertenaga, warna yang sangat digemari oleh lelaki yang berani dan sentiasa mahu mencuba sesuatu yang baru. Mementingkan kerja dan teliti dalam setiap perkara yang dilakukan. Perwatakan yang selalu memaksa orang lain dan kadang menggunakan kemarahan.

🍐 COKLAT - Warna tanah ini mempunyai peminatnya yang tersendiri dikalangan lelaki walaupun tampak gelap dan tidak bermaya. Pengemarnya dikatakan sentiasa memikirkan masa depan dan mempunyai hala tuju hidup yang tetap. Sangat berjimat cermat.

🍍 OREN - Gabungan warna antara merah dan kuning ini mempunyai sifatnya yang tersendiri. Dianggap garang dan terang, ia tidak selalunya menjadi pilihan si jejaka. Bagi yang menggemari warna ini, disebutkan bahawa si dia bijak dan pandai dari segi pembelajaran dan mudah untuk menerima kritikan orang lain terhadapnya tetapi kadangkala dikategorikan pelik dari segi perwatakan.

🍑 PINK - Wanita menggemari warna ini dan sangat jarang lelaki mahu mencuba untuk meminatinya. Lelaki menyatakan jika ada yang menggemari warna merah jambu atau pink, mereka tidak maskulin dan lemah lembut. Gabungan antara merah dan putih ini diminati oleh lelaki yang mempunyai jiwa lembut dan penuh kasih sayang serta romantis dalam perhubungan. Berkait rapat dengan perasaan dan jiwa lelaki itu terhadap pasangannya.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami