TIPS PERKAHWINAN - APA TUGAS SUAMI ISTERI ??

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Dulu-dulu masa sehari lepas nikah, TOK KADI kat sini memang akan minta pasangan pengantin baru tu datang sendiri untuk ambil sijil nikah. Masa mula-mula sampai, Tok Kadi panggil saya dulu, tanpa suami. Dia suruh suami tunggu kat luar. Maka saya pun dengan rasa pelik bin hairan, masuklah ke pejabat Tok Kadi tu. Dah kenapa nak saya masuk sorang diri pulak?

Soalan pertama Tok Kadi tu tanya, "Apa tugas isteri?"

Saya jawab, "Patuh pada suami, menyediakan keperluan suami."

Tok Kadi tanya lagi, "Dalam rumahtangga, siapa yang kena buat kerja rumah?"

Saya dengan naifnya menjawab, "Isteri."

Tok Kadi tanya lagi, "Siapa yang kena masak?"

Saya masi jawab, "Isteri."

Tok Kadi tanya terus, "Siapa kena basuh kain?"

Dan saya masih jawab, "Isteri."

Tok Kadi tanya lagi, "Siapa kena uruskan anak-anak?"

Saya tetap juga menjawab, "Isteri."

Tok Kadi tu tanya, "Kenapa isteri?"

Saya diam kejap cari jawapan, lepas tu saya jawab, "Sebab dari dulu selalu tengok mak yang buat semua tu."

Tok Kadi tu geleng kepala. Saya dah salah jawab ke ?

Lepas tu, Tok Kadi suruh panggil suami saya. Tok Kadi tanya pada suami, "Kalau seorang suami menyidai kan, apa orang keliling akan cakap?"

Suami saya jawab, "Isteri queen control."

Saya tersenyum geli hati dengan jawapan suami.

Tok Kadi tanya lagi, "Sepatutnya siapa yang kena buat semua kerja rumah?"

Suami saya jawab, "Suami."

Masa ni saya gelak terus sebab ingatkan jawapan dia salah.

Dan Tok Kadi tu angguk kepala sambil senyum, "Bagus kalau kamu tahu tugas kamu," dan dia serahkan sijil nikah kami tanpa soalan lain. Masa tu saya kerut dahi, jawapan suami saya betul???

Masa tu baru saya tahu, kerja rumah adalah tugas suami.. Itu pun suami yang beritahu. Jika isteri yang buat, itu adalah ehsannya terhadap suami. Suami boleh suruh tapi tak boleh marah isteri jika isteri taknak buat. Tapi, selalunya isteri akan buat tanpa disuruh kerana isteri itu dah diterapkan dari dulu, kerja rumah kerja isteri bukan suami sebab itulah yang diajar dari dulu.

Dulu, isteri duduk di rumah, suami keluar bekerja. Dah tentulah isteri buat kerja rumah walaupun itu bukan kerjanya. Sekarang, sama ada isteri bekerja atau tidak, cabarannya tak sama macam dulu. Nak pulak dapat suami yang tak tahu soal agama. Yang dia tahu, suami punyai kuasa mutlak terhadap isteri. Yang dia tahu,isteri kena ikut cakap suami. Yang dia tahu, isteri berdosa kalau tak ikut cakap suami.

Kita terlalu mengikut LUMRAH & ADAT.
Sampai lupa pada HAKIKAT.

Malu bila suami dilihat buat kerja rumah, takut nanti orang kata kita ni isteri yang control suami, takut orang kata suami itu dayus. Kalau dengan kawan-kawan, takut nanti digelar takutkan isteri, sedangkan Rasulullah pun buat kerja rumah. Rasulullah pun jahit baju sendiri, juba yang koyak. Tak malu dengan Rasulullah ke ?

Lebih sedih bila keluarga suami pun tak tahu pasal ni. Bila anak lelakinya buat kerja rumah, menantu perempuan dah dipandang macam hantu dah. Sedangkan sepatutnya dia bangga kerana anak lelakinya mengikut sikap Rasulullah.

Bila rumah selerak, orang kata isteri malas.
Bila anak-anak selekeh, orang kata mak tak pandai jaga anak.
Bila selalu beli makanan kat kedai, orang kata isteri tak pandai masak.
Bila semua suami buat, orang kata tak guna ada isteri.

Penat dengar apa orang kata, cuba sedaya upaya supaya orang tak mengata. Sampai lupa apa Allah kata.

Itu yang buat kebanyakkan isteri memberontak. Bukan sebab benci tapi sebab penat ehsannya tak dihargai.Nak lawan, takut berdosa. Tak buat kerja nanti, takut suami marah. Suami marah, berdosa jugak. Sampai satu masa, buat sesuatu tu macam terpaksa buat, bukan sebab ehsan lagi. Maka, ikhlas pun hilang. Bila ikhlas hilang, tu yang dah tak pandai cakap elok-elok kat suami, tak tahu nak senyum kat suami, tak tahu nak beromantika dengan suami. Semuanya dah takde yang manis.

Jadi, bila isteri buat perangai, carilah puncanya. Isteri takkan cakap sebab dia dah penat. Penat nak ajar imamnya sendiri. Penat nak ajar suami bagaimana nak jaga isteri. Penat nak ajar pemegang kunci pintu syurganya. Cakap kang dikata mengada-ngada, terlebih cakap nanti dosa pulak. jar suami nanti, calar pulak ego.

Kredit: The Owner

Itu sahaja sharing untuk kali ini. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Sekian..

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner