LELAKI KENA BELAJAR UBAH ANDAI NAK KAHWIN
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
Lelaki ini adalah imam dalam solat kita, lelaki ini adalah ketua dalam keluarga kita, lelaki ini adalah antara orang yang perlu bimbing kita menuju jalan yang diredhai. Andai baik dirinya, maka baiklah anak dan isterinya.
Perkahwinan merupakan ikatan yang suci, yang menghalalkan hubungan antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Perkahwinan ini bukanlah sekadar memuaskan nafsu semata tapi ia merupakan 1 tanggungjawab dan 1 amanah untuk kita galaas dan laksanakan sebagai seorang lelaki, imam, pembimbing dan pemimpin kepada seorang perempuan yang diciptakan dari rusuk kiri kita yang bengkok untuk diluruskan dalam kita menuju jalan yang diredhai Allah swt.
Sebagai lelaki, sangatlah besar tanggungjawab kalian dalam menjaga amanah dari ibu bapa si perempuan, pinjaman yang diberi dari Allah swt. Belum termasuk amanah Allah bila diberi zuriat. Sebelum anda decide untuk mengakhiri zaman bujang kalian, maka ubahlah sedikit demi sedikit tabiat lama anda :
1) SOLAT
Amatlah dititik beratkan soal solat ini kerana ia amanah kita sebagai seorang hamba di muka bumi Allah swt. Tanggungjawab kita sebagai seorang umat Islam. Kalau sekarang kita lengah-lengahkan solat diakhir-akhir waktu atau solat bila rasa rajin je, bermula hari ini kita ubah. Solat 5 waktu sehari, dan solat diawal waktu. Insha Allah setiap apa yang bakal kita lakukan diberkati Allah swt. Ni kalau lepas kahwin pun masih buat perangai lama, kemungkinan isteri dan anak juga bakal terikut sama.
2) KERJA
Bila bab kerja ni, orang kata pastikan setiap apa yang kita beri makan pada anak isteri tu sesuatu yang halal dan dari sumber yang halal juga. Pastikan pekerjaan yang kalian lakukan sekarang adalah tetap dan stabil sebab kita nak jaga anak orang ni, kita nak beri anak orang makan ni, tanggungjawab kita ni, walaupun pasangan kita tu sendiri bekerja. Masih tanggungjawab kita memberi mereka nafkah ye. Kalau sekarang pun pekerjaan masih nak tukar sana sini, macam mana bila dah kahwin nanti ??
3) PERANGAI BUJANG
Perangai ni dah biasa menjadi salah satu punca suami isteri bergaduh. Antaranya keluar lepak sampai balik 3 /4 pagi padahal isteri dirumah menunggu kerisauan. Kita dekat luar masih berborak dengan kengkawan, kadang tak balik awal sebab takut kawan perli kita takut bini. Amalkan sikap balik awal supaya terbiasa dan selesa berbuat begitu sehingga selepas kahwin. Utamakan isteri dan anak-anak setelah anda kahwin nanti. Mungkin kawan ada saat susah anda, tapi fikir juga makan, pakai anda, anda sakit siapa bakal menjaga anda ? ISTERI ATAU KAWAN ??
4) BELAJAR MENGEMAS
Jangan letak dalam otak kita, jangan set siap-siap bahawa KERJA RUMAH itu adalah kerja isteri seorang. Apa anda ingat Isteri anda itu Pembantu Rumah ?? Belajar dari sebelum kahwin untuk mengemas, membasuh pinggan mangkuk, belajar untuk jadi ringan tulang. Jangan letak 100% tanggungjawab itu pada bakal isteri anda kelak andai dia sendiri bekerja seperti anda. Lelaki ni nampak lebih bertanggungjawab dan lebih matang andai dia faham bahawa kerja rumah ni adalah tugas bersama ye.
5) BERHENTI JADI BUAYA DARAT
Allah, sesungguhnya sikap seperti ini yang paling ditakuti oleh setiap perempuan, begitu juga lelaki andai si perempuan bersikap tidak menjaga pergaulan. Sebelum kahwin, mungkin kita ramai kawan perempuan, keep in touch dan ajak keluar, tapi bila dah kahwin, sangat-sangat TIDAK BOLEH kerana ia akan menimbulkan fitnah pada mata-mata yang melihat. Kita dah ada isteri, kenapa perlu hubungi perempuan lain lagi ?? Anda sebagai seorang lelaki dan bakal suami, sesungguhnya anda lebih mengetahui setiap ilmu perkahwinan berbanding kawan-kawan anda yang masih bujang.
Semoga perkongsian kalini sangat-sangat bermanfaat buat anda semua. Membuka mata kalian semua harapnya.
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
Comments
Post a Comment