Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

TIPS JADI MENANTU FAVORITE

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Ingat lagi kali pertama jumpa Bakal Mertua ?? Mesti berdebar-debarkan ? Perasaan bercampur baur orang kata. Huhu ! Tapi, sekarang semua tu dah jadi kenangan. Anda sudah pun berstatus menantu dan menjadi sebahagian keluarga mertua. Jadi, kenalah baca serba serbi sedikit cara nak pikat hari Mak Pak Mertua kita, ye tak ??

Pertama sekali, angguk. Angguk ni bukan pakat taram jee semua benda korang setuju. 😂 Kang tak masal kena dengan ipar duai. Haha ! Tapi, angguk ajelah sebagai tanda setuju walaupun ada perkara yang korang tak setuju. Cuma orang kata "ambil hati" atau "sedapkan hati". Everything will be going well, insha Allah.

Kedua, jangan masuk campur. Haaa, ni orang kata pantanglah kalau korang nak menyibuk hal orang lain, lagi-lagi bila korang baru je berapa bulan masuk keluarga tu. Jangan beria sangat tonjolkan diri tu ye. Tips penting, jangan masuk campur namun sentiasalah tersenyum melihat kerenah mereka.

Ketiga, buat-buat tanya Makanan Favorite suami. Alaaaa, walaupun ikutkan ada jee menu yang kita dah tahu dari suami kita sendiri, tapi orang kata sebab nak ada topik borak dengan mertua, supaya hilang rasa nervous tu. Huhu ! Sesekali jadi kepoh apa salahnya dari terperok dalam bilik, ye tak ? 😌 Sudah tentu ibu mertua rasa dihargai kerana dialah wanita pertama yang disayangi oleh suami kita, dia juga yang menyuap makanan favorite suami kita masa kecil.

Keempat, tunjuk rajin masak. Ada wanita yang rasa takut bila ditanya "Pandai masak ke?", "macam mana nak kahwin kalau tak pandai masak" dll. Tapi, orang kata lepas kahwin je terus terror memasak tau. Tunjuklah rajin sikit bila dirumah mertua, sedap atau tidak belakang cerita yang penting kita ikhlas dalam membantu mertua didapur.

Kelima, jangan asyik berkepit dengan suami. Nak buat aktiviti ni tunggu bila dah duduk berdua. Nak buat macam-macam, buatlah. hihi ! Selain tu, ikutkan boleh je masa tonton tv beramai-ramai tu ada lah rasa nak mengada, tapi jangan buat selalu. Takut orang yang memandang yang meluat. 😅

Sebenarnya banyak lagi cara-cara lain yang boleh kita guna untuk pikat hati Keluarga si Suami. Namun, semuaa berbalik pada hati kita. Andai kita sudah sebaiknya berbuat macam-macam untuk pikat hati mereka tapi mereka masih dingin dengan kita, Doa banyak-banyak semoga Allah bantu jalan hidup bahagia kita. insha Allah !!

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami