3 RAHSIA LELAKI YANG PEREMPUAN KENA TAHU

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Ramai ingat perempuan je perangai dia tak dijangka. Sebenarnya lelaki jauh tak dijangka. Banyak sebenarnya perangai lelaki yang perempuan tak tahu. Mungkin penulisan kali ini REMEH, tetapi sebab remeh ini lah ramai perempuan ditipu oleh lelaki.

1. Kalau anda (perempuan) PRIVATE mesej samada (sms, whatsapp, telegram, FB, etc) Tak payah guna EMOJI 😋😍😘 dan seumpamanya. Sebab apa?

Sebab lelaki ini, kalau perempuan mesej dia secara peribadi (atas urusan tertentu) lepas tu perempuan bagi dia emoji yang mengada-ngada macam kenyit mata (😘) dan apa-apa emoji yang comel, lelaki akan rasa lain. Lain yang macam mana?

Susah nak gambarkan, tetapi bahasa mudahnya dia (lelaki) akan SUKA dan KUAT PERASAN. Lelaki akan perasan yang perempuan itu suka kat dia, walaupun dia tak meluahkan dengan kata-kata. Apatah lagi kalau lelaki itu dah lama suka pada perempuan itu dalam diam.

Mesti pelik "Ye ke? aku tak rasa apa-apa pun."

Memang tak rasa apa-apa sebab anda perempuan. Jadi nasihat saya kalau nak mesej private pada lelaki, BE FORMAL je. Hatta dalam group sekalipun, tak payah nak emoji bagai.

2. Mata lelaki ini ada "SCANNER" terhadap perempuan.

Macam mana ya nak ulas bahagian ni, tak pe biar berterus terang supaya yang masih tak tahu dapat tahu.

Kalau perempuan yang suka pakai baju ketat-ketat, walaupun pakai tudung, lelaki akan 'scanning' seluruh badab perempuan itu. Lenggok jalan dia, dan akan membayangkan yang perempuan itu, bahasa sopan "Tak Pakai Apa-Apa". Sebenarnya ini fakta, bukan setakat lelaki bujang saja, lelaki yang dah berusia pun scanning service dia kadang-kadang lagi tajam.

Sebab tu Allah bagi PERINGATAN SERIUS dalam surah An Nur ayat 30 dan 31

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (30)

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (31)


So, mulai hari ini, mulalah berkira-kira untuk pakai apa kalau keluar rumah. Atau berfikir dulu nak upload gambar di media sosial.

3. Kalau ada lelaki yang tiba-tiba mesej perempuan tengah malam, terutama lebih pukul 12 malam, JANGAN BALAS

Lagi-lagi kalau dia mesej;-
"awak, saya rindu awak"
"awak, sorang je ke tu?"
"awak, awak tengah baring-baring ke tu?"

JANGAN BALAS. Kalau nak mesej penting mesej esok paginya saja. Apa jadi kalau balas juga?

Mereka akan perangkap untuk masuk ke perbualan lucah. Sebab tu dalam Islam sangat mementingkan IKHTILAT (Apa itu ikhtilat?, masuk google search ikhtilat)

Tujuan saya tulis ini untuk bagi kesedaran kepada perempuan terutama adik-adik, akak-akak, tunangan orang tentang (tipu daya lelaki)

Semoga perkongsian saya kali ini bermanfaat untuk semua dan bantu saya klik {SHARE} kepada ramai orang diluar sana. Hari Jumaat yang berkat, perkongsian yang bermanfaat pahala berganda.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner