WAHAI SI ISTERI , HARGAI SUAMIMU

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Baca dan fahami perkongsian untuk kali ini wahai Suami dan Isteri .........

Isteri sebak bila tahu kenapa suaminya minta dia masak hari-hari. Setiap kali pulang kerumah, pasti si suami membawa sekali buah tangan bersamanya. Kadang dia bawa pulang roti, kadang pisang goreng dan macam-macam lagi. Yang pasti tak sekali pun dia miss dari membawa buah tangan setiap hari.

Dan setiap kali pulang dia akan meminta ku menghidangkan nasi untuknya, lapar katanya. Suatu hari, sedang dia selera menghadap makanan, ringan saja mulut ini untuk bertanya.....

--------------------------------------------------------------------------------------

"Hmmm, abg. Saya nak tanya something kat abg boleh ?"
"Ye syg... apa dia ? tanyalah" ... jawab si dia dengan mulut penuh nasi dan ulam.
"Tengahari memang abg tak makan kat ofis ke ?" soalku lembut
"Erm, tak. Kenapa syg ??" Pendek dan ringkas jawapan dia.
"Takdelah, sy tengok abg hari-hari minta sy masak. Kalau boleh, sy nk juga rehat sehari dua. Kalau abg dah makan, utk makan malam bolehlah sy masak ringan-ringan. Penatlah bang..." Keluhku.
"Dengan si kenit ni yang tak duduk diam, rumah bersepah, kain baju berbakul kena basuh, jemur dan lipat,,,, sy kadang stress". Ku cuba susun perkataan ini agar dia tidak terasa. Ustaz pun ada ckap, tugas masak tu bukan tugas isteri tapi tugas si suami. Jadi, tak salah rasanya aku meluah rasa. Lagipun, aku minta tak masak je, tugas lain aku lakukan seperti biasa. Harap sangat dia faham.

Dia berhenti dari kunyahannya. Lantas, saki-baki nasi yang masih tersisa ditelannya terus. Kali ini, dia fokus dan tepat memandang mataku. Sebelum dia berbicara, secangkir senyuman dia hadiahkan untuku. Manis.....

"Syg, abg minta maaf kerana susahkan syg. Abg tak tahu syg penat. Kalau abg tahu, abg tak minta syg masak". Dia berhenti seketika mengambil nafas lalu menyambung kembali.
"Ada 3 perkara yang abg rasa syg perlu tahu kenapa abg tak makan tengahari"...

3 PERKARA ?? Apakah ia ? Dalam debaran aku menanti dia memberitahu 'rahsia' tersebut.

"PERTAMA, kerana abg rindu nak makan masakan dari hasil air tgn isteri abg, masakan syg sedap. Tiada kedai yang mampu tandingi kesedapan masakan syg"

Allah ... aku tersentap. Begitu mulianya hatimu wahai suami. Bersalah pula aku rasa dek kerana menyuarakan perasaan penat yang tak seberapa tadi. Belum sempat aku meminta maaf, dia menyambung lagi ...

"KEDUA.... Kalau abg makan tengahari, kenyang itu akan sampai ke malam. Jadi, bila pulang abg mungkin takkan makan lagi. Utk tidak kecewakan syg, abg sanggup berlapar pada tengahari utk makan masakan isteri tercinta abg ni ..."

Saat itu, aku dah hampir tewas. Tewas dengan air mata yang ingin berlumba-lumba keluar dari bingkisan kelopak ini. Namun, aku cuba menahannya sehingga perkara ketiga diberitahu si suami ...

"KETIGA, kerana abg tak ada duit. Duit makan tengahari abg, abg simpan. Abg simpan utk belikan syg dan Una 'hadiah' ketika mana abg pulang di waktu petang .."

Kala itu, aku terus menerpa ke arah suamiku. Tangannya yang masih basah dengan kuah aku capai lantas ku cium memohon kemaafan darinya. Berdosanya aku ...

"Takpe .. syg tak buat salah pun dgn abg. Abg yg salah kerana menyerahkan tanggungjawab memasak kepada syg. Besok insha Allah, abg masak sendiri k. Dah,,, jangan nangis ..." Sebak suaranya sambil memujuk aku.

Dalam esak tangisan ku itu, aku menggeleng-gelengkan kepala. Tak sanggup aku mengiyakan permintaanya. Dia yang seharian penat bekerja dan "berpuassa" tak sepatutnya aku layan sebegitu rupa. Ya Allah, ampuni aku dan rahmatilah suamiku...

Sebagai renungan bersama, semoga kita sama-sama dapat muhasabah diri kita. Untuk para isteri, terutama suri rumah sepenuh masa,bersyukurlah ... Wallahu A'lam

--------------------------------------------------------------------------------------

LAKI-LAKI adalah ciptaan Tuhan yang paling indah

Dia banyak mengalah dari umur yang sangat muda.
Dia membelanjakan semua duit,
Untuk membeli Hadiah,
Untuk yang dia Cinta,
Hanya untuk melihat dia tersenyum.

Dia korbankan masa,
Bujangnya hanya untuk seorang wanita ..
Dia korbankan masa mudanya,
Demi isteri dan anak-anaknya dengan bekerja sampai malam tanpa mengeluh.

Dia bina masa hadapan mereka sekeluarga,
Dengan hutang
Dan membayar hutang sampai stress.

Dia telah bersusah payah tapi masih dimarahi isteri dan Boss.
Kehidupan dia berakhir hanya untuk mengalah
Demi kebahagian orang lain.

Kalau dia keluar rumah, orang kata dia MERAYAU
Kalau dia tinggal dirumah, orang kata dia MALAS
Kalau dia dimarahi anak-anak, orang kata dia GALAK
Kalau dia tak marah, orang kata dia TAK TEGAS
Kalau dia tak izinkan isteri bekerja, orang kata dia MENGONGKONG
Kalau dia bolehkan isteri bekerja, orang kata dia MAKAN gaji isteri
Kalau dia dengar kata ibunya, orang kata dia ANAK MAMI
Kalau dia dengar kata isteri, orang kata dia GTBI (Geng Takut Bini)
Kalau dia banyak menolong wanita yang memerlukan, orang kata dia SI HIDUNG BELANG
Kalau dia tak tolong wanita lain, orang kata dia KEJAM pula

Tapi ..... Di tengah terpaan segala macam tudahan, da tetap TEGAR, KUAT kerna dia LAKI-LAKI

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa pengorbanan yang sudah dilakukan untuk anda. Lelaki itu amat berharga, walau seburuk apapun suami mahupun ayah mu itu.

via Viral Media Johor
Text credit to the Owner

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner