Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

PEREMPUAN KENA AMBIL TAHU BEBEBAPA PERKARA SEBELUM DECIDE UNTUK NIKAH

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Pasangan yang sedang hangat bercinta pasti mengiinginkan hubungan berakhir dengan ikatan yang sah. Namun, perkahwinan itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Wanita khususnya perlulah menitikberatkan beberapa perkara sebelum bergelar seorang isteri. 

1# KENALI PASANGAN ANDA

Selepas berkahwin pastinya anda ingin hidup dengan pasangan anda hingga ke akhir hayat. Oleh itu, sebelum anda terdetik untuk berkahwin, pastikan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam..

Ini bagi memastikan pasangan anda benar-benar jujur dengan perhubungan yang dijalinkan. Ketahuilah asal-usulnya dan perkara penting seperti pekerjaannya, struktur kewangannya dan macam-macam lagi.

2# PANDAI MENGENDALI EMOSI

Wanita seringkali dikaitkan dengan emosi yang tidak menentu. Kadang marah, kadang pula mood dalam keadaan baik. Ada pula hal-hal kecil yang membuatkan mereka tersinggung dan sensitif.

Namun, harus diingatkan bahawa untuk seorang wanita itu berumah tangga mereka perlu pandai mengawal emosi sendiri. Mungkin akan ada pertelingkahan atau perbalahan kecil yang berlaku dalam rumah tangga, tapi tak salah jika anda sebagai wanita sendiri mengalah untuk memastikan keharmonian rumah tangga yang dibina.

3# MAMPU BEKERJASAMA

Saling bekerjasama antara satu sama lain juga penting dalam perhubungan. Sikap ringan tulang dan mengambil berat harus dipupuk dalam diri anda. Sebagai pasangan, anda harus saling berbincang dalam mengambil apa jua keputusan agar masing-masing mendapat kata sepakat dan tidak wujud rasa tidak puas hati.

Jangan biarkan anda membuat keputusan sendiri tanpa berbincang. Sebagai contoh, jika pasangan mempunyai masalah kewangan , anda boleh membantu dengan meringankan bebannya.

4# PASTIKAN KEWANGAN MANTAP

Jangan berkahwin dengan seorang lelaki atas dasar fizikalnya sahaja seperti rupa parasnya. Apa yang penting, anda perlu tahu kedudukan kewangan mereka sama ada sudah stabil atau mereka masih terfikir untuk bersuka-ria sahaja.

Ketahuilah pekerjaanya dan simpanan yang diperolehi demi masa hadapan anda. Mungkin ada sesetengah yang menganggap perilaku seperti ini seperti seorang yang materialistik, namun dizaman sekarang tiada siapa yang ingin hidup susah. Oleh itu, mengetahui kedudukan kewangan pasangan kita juga penting.

5# UJIAN HIV

Mungkin sesetengah wanita menganggap ujian HIV itu tidak penting tetapi dizaman serba canggih, anda disarankan untuk melakukannya. Ujian ini penting untuk mengelakkan jangkitan sekiranya pasangan anda adalah salah seorang pembawa HIV. 

Virus merbahaya ini mampu memberi impak pada masa hadapan anda. Sebelum memilih berkahwin dengan pasangan anda, kaji dahulu dengan siapa dia berkawan dan bagaimana gaya hidup yang dia jalankan selama ini.

6# JAGA BATAS PERGAULAN

Sebelum sah bergelar suami isteri, anda haruslah menjaga batas pergaulan dengan pasangan anda. Jangan sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga anda pada lelaki dengan begitu mudah hanya disebabkan termakan dek kata-kata manis mereka. 

Jaga aurat anda sebagai seorang perempuan dan sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

↣ TERIMA KASIH ↢

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami