TIPS MEMILIH KATERING PERKAHWINAN



                Bila bercerita tentang perkahwinan, perkara paling utama untuk “Overall Impression” para tetamu yang hadir semestinya pemilihan katering yang terbaik. Kalau makanan yang disajikan sedap, memang sudah cukup memberikan gambaran yang baik dimajlis perkahwinan anda.

                KR Wedding akan kongsikan tip memilih katering yang patut anda ikut supaya pihak katering akan menyediakan makanan juga layanan yang terbaik untuk majlis perkahwinan anda nanti.

    1. Quotation ( sebut harga )

Dapatkan quotation atau sebut harga se-detail yang boleh. Ini supaya anda boleh bandingkan quotation setiap katerer yang menjadi pilihan anda. Antara maklumat penting untuk anda dapatkan dalam quotation tersebut adalah seperti jenis nasi, lauk pauk, pencuci mulut, khemah, meja makan, menu untuk pengantin, meja VIP, khemah dan sebagainya mengenai makanan dan kanopi.

2. Pilihan Katerer

Sekurang-kurangnya anda perlulahh mempunyai 2 atau 3 katerer yang berbeza. Ikuti tip yang pertama tadi, anda cuba bandingkan sebut harga mereka. Buat pilihan ikut katerer yang sediakan sebut harga yang terbaik. Anda juga boleh meminta katerer untuk sediakan “food test” atau anda minta untuk datang ke majlis perkahwinan keterer tersebut untuk melihat sendiri gerak kerja setiap katerer. Buat pilihan yang terbaik, dapatkan testimoni dari yang pernah gunakan khidmat keterer tersebut.

3. Jumpa Sendiri Katerer

Jika anda berurusan dengan “wedding planner” atau perancang majlis, minta aturkan perjumpaan anda dengan caterer pilihan anda seperti telah kami ingatkan diawal tadi makanan adalah aspek paling penting dalam majlis perkahwinan anda. Pastikan anda memilih caterer yang sudah berpengalaman atau mempunyai testimoni yang baik.

4. Caj Tersembunyi

Paling tidak disukai ramai bila setiap katerer membuat cas tersembunyi di akhir akhir hari majlis berlangsung. Anda perlu pastikan dan telah menandatangani surat perjanjian yang mengatakan hanya cas tertera sahaja anda perlu dibayar. Keluarkan kos untuk bajet ketering bukanlah setakat puluhan ringgit, jadi pastikan bajet anda tidak lari dengan bajet di awal pertemuan anda bersama katerer tersebut.

5. Cara Bayaran

Jika anda sudah tanda tangan surat perjanjian bersama katerer, anda boleh buat pembayaran penuh untuk katerer. Jika masih terdapat keraguan pada pihak katerer atau ingin mengambil langkah berjaga-jaga, mintalah supaya bayaran itu dijelaskan selepas majlis. Kebiasaannya caterer akan terima bayaran paling lewat sehari selepas majlis sebanyak rm1000 atau budi bicara bersama.

6. Food Testing

Tip ini akan membuatkan anda lebih yakin dengan servis yang ditawarkan oleh pihak katerer. Ada 2 cara anda boleh buat untuk dapatkan food testing dari katerer. Pertama, anda minta pihak katerer sedikan set makanan percubaan untuk anda rasa dulu makanan tersebut. Kedua, anda minta kepada pihak katerer utuk hadir ke majlis yang sedang katerer tersebut jalankan. Anda akan melihat sendiri suasana itu dan menilai servis katerer tersebut.

↣ TERIMA KASIH ↢

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor #bridalbatupahat #bridaljohor #minipelamin #bridal #pelamin

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner