Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA MURAH KATERING


JANGAN TERTIPU DENGAN HARGA MURAH KATERING

Isu semasa berkaitan ekonomi sudah menjadi trend perbualan setiap orang di seluruh Malaysia. Tidak terkecuali juga untuk bakal pengantin, ada saja dugaan yang perlu ditempuhi sepanjang tempoh hendak membuat majlis. Dugaan dari segi ekonomi dan kewangan adalah salah satu topic paling hangat dibualkan bersama pasangan. Ada yang sanggup ikat perut untuk kumpul duit perkahwinan, ada juga sanggup membuat pinjaman bank atau institusi kewangan berdaftar atau tidak berdaftar (ahlong).
                KR Wedding sangat menitik beratkan dan bertanggungjawab untuk memastikan setiap bakal pasangan pengantin kami tidak terpalit dengan emosi negatif seperti yang dinyatakan diatas. Kesemua pelanggan kami akan berbincang untuk mendapatkan khidmat nasihat paling sesuai supaya majlis yang bakal dilangsungkan aman, tenteram dan teratur. Kebiasaannya, kami akan meminta bakal pengantin kami untuk keluarkan anggaran bajet yang mereka ada untuk majlis mereka. Kami akan pastikan setiap bakal pengantin tidak terpedaya dengan harga pakej jauh lebih murah dengan tawaran menggila yang ditawarkan oleh katerer.  
Kebiasaan yang kami hadapi pelanggan tidak betul-betul teliti menu dan apa yang disediakan oleh pihak katerer. Kita bagi harga tapi masalah kebanyakkan mereka tidak tengok apa yang kita punya menu tawarkan. Situasi ini akan membuatkan bakal pengantin akan kerugian, kerana kebayakkan dari mereka pasti akan melihat pakej yang paling murah tetapi tidak melihat menu dan kos tersembunyi lain. Di KR Wedding, kita letak kualiti dekat atas. Kalau pelanggan pentingkan kualiti, pasti mereka akan kata pakej dari KR Wedding ini sangat berbaloi. Sebab selama 3 tahun kita buat servis ini, kita dapat kenal pasti bekas pelanggan kita akan cakap harga kita sangat murah termasuk dengan catering punya servis, siap dapat FREE GIFT paling besar lagi. Apa yang akan kita pastikan adalah tuan rumah mesti akan dapat pujian dari para jemputan. Sebab ini adalah janji atau gerenti dari pihak KR Wedding. Ada dari bekas pelanggan kami bagi tahu majlis sudah habis seminggu pun orang masih datang rumah puji penyediaan majlis dari kita. Untuk tahun ini, pelanggan kami dari majlis dua tahun lepas datang balik jumpa kami katakana rindu nak rasa masakan yang disediakan oleh KR Wedding. Jadi dia tempah untuk majlis adiknya serta untuk jiran rumah pada tarikh majlis yang berbeza. Ini adalah yang terbaik dari KR Wedding.
                Sekarang ini, di mana-mana saja banyak caterer yang sedang ambil kesempatan, terutamanya dari segi harga murah, offer dan lawan harga dengan caterer lain berfikiran mereka akan dapat pelanggan yang ramai. Tetapi setibanya di majlis tersebut macam-macam masalah dihadapi tuan rumah dari pihak caterer tersebut. Antara masalah tuan rumah akan hadapi jika tersalah pilih caterer adalah seperti pelayan tidak cukup, pinggan cawan tidak tersusun atau tiada, pakai pinggan polistrin semasa majlis, tisu tidak disediakan, tempat basuh tangan tidak berisi dengan air, pekerja bahagian cuci pinggan dan cawan tidak ada, semua dan segalanya akan jadi kelam kabut, bertambah parah jika makan tidak sampai atau tidak cukup dengan apa tuan rumah order.
                Hakikat dan kami minta maaf jika ada yang sudah terkena dengan masalah kami nyatakan diatas, berfikir rasional bakal pengantin semua, harga murah dari pasaran pasti tidak akan menjamin sesuatu majlis itu berjalan lancar. Hakikat disini, semua peniaga atau caterer adalah berniaga dan semestinya inginkan juga keuntungan untuk menampung kos-kos lain. Jika harga terlampau murah, dari mana pihak tersebut boleh dapatkan keuntungan? Macam KR Wedding, kalau anda order untuk 1000 jemputan, kebiasaannya kami akan lebihkan masakan kepada 1100-1150 jemputan. Tidak mungkin tidak cukup melainkan pelanggan order 1000 tapi jemput hingga 1500 jemputan. Syukur sepanjang 3 tahun tidak pernah ada pengalaman makanan kami tidak cukup malah kami akan bungkuskan untuk diberi tetamu yang datang. Sebab KR Wedding punya konsep “Majlis Anda Adalah Majlis Kami”. Jadi kami janji akan buat yang terbaik. Ini adalah KR Wedding punya servis.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami