5 TIPS KURANGKAN BAJET KAHWIN



Assalamualaikum dan selamat pagi semua !

Harini saya nak share tips menarik berkenaan kewangan bagi bakal-bakal pengantin yang nak sangat kahwin tapi dalam bajet yang mereka tetapkan sendiri. Antara faktor kenapa ada sesetengah orang sangat teliti dengan bajet perkahwinan mereka disebabkan oleh ekonomi semasa negara sekarang yang memerlukan semua orang sentiasa berjimat cermat.

So, meh saya share 5 tips untuk bantu anda kurangkan bajet kahwin anda. Selamat membaca !

TIPS 1: Tetapkan perbelanjaan yang penting dahulu

Ini bagi memastikan bajet yang kita keluarkan untuk keperluan majlis nanti seiring dengan peruntukan yang kita dah tetapkan dari awal supaya tidak berlaku pembaziran. Namun, jika anda berkemampuan perkara tersebut tidak menjadi masalah. 

Antara perkara yang kebanyakkan pengantin akan bahagikan ialah:

⇢ Resepsi (majlis kenduri, lokasi, kek dll)
⇢ Fotografi / Videografi 
⇢ Wedding Planner 
⇢ DJ dll

Jadi, sekarang sepatutnya anda dah senarai pendekkan perbelanjaan yang penting untuk majlis nanti. Kalau boleh, letak sekali anggaran kos yang mampu bagi setiap perkara yang anda mahukan kemudian total up kos keseluruhan. Kalau rasa mampu dengan jumlah tersebut, teruskan. Namun, jika tidak cuba hingga dalam lingkungan kemampuan anda. Buang jika ada yang tidak perlu kerana kita perlu ikut keperluan bukan kemahuan. 

TIPS 2: Berbincang dengan bakal pasangan

Kalau ada ruang dan peluang, berbincanglah dengan bakal pasangan tentang bajet majlis perkahwinan. Penting bagi kedua bakal pasangan untuk faham tentang tahap kewangan sendiri dan buat majlis mengikut kemampuan. 

Bincangkan juga tentang jumlah wang hantaran kahwin dan juga barang-barang hantaran dan paling penting jangan sampai membazir dan membebankan anda. Jangan terlalu demand dengan item-item hantaran kerana wang tersebut boleh kita simpan untuk masa hadapan.

TIPS 3: Berterus-terang dengan ahli keluarga

Ada bakal pengantin yang sudah sepakat untuk mengadakan majlis secara sederhana namun atas desakan keluarga, atas kata-kata keluarga yang takut nanti akan mengata majlis membuatkan sesetengah bakal pengantin merasa stress untuk menghadapinya.

Antara jalan penyelesaian terbaik ialah berterus-terang dengan ahli keluarga tentang kemampuan kewangan sendiri. Tunjukkan jumlah duit simpanan yang mampu diperuntukkan untuk majlis kahwin. Disini pentingnya sikap toleransi dengan kehendak ahli keluarg dan dalam amsa sama, tegas dengan had kemampuan sendiri.  


TIPS 4: Rajinkan diri ke ekspo perkahwinan

Jika ada ekspo perkahwinan yang dianjurkan di kawasan anda, rajinkan diri untuk hadir dan bawa sekali pasangan anda. Boleh survey harga dan boleh juga survey pakej-pakej yang sesuai dengan bajet anda. Mana tahu, boleh dapat tawaran menarik pada harga yang berpatutan. 

Cuma, apabila berurusan di eskpo, pastikan anda berurusan terus dengan penjual atau vendor yang betul-betul wujud dan dipercayai. Kalau buat apa-apa bayaran, pastikan ada resit bayaran yang sah dan lebih baik lagi ada perjanjian bertulis. Bukan apa, sebagai langkah berjaga-jaga. Takut tawaran yang diberikan menarik hingga buat anda sanggup melabur banyak, at last penjual tersebut penipu. Pesan saya, sentiasa berhati-hati ok.

TIPS 5: Perbanyakkan DIY dan gabungkan majlis jika perlu

Jika anda rasa nak kawal dan jimat kos majlis kahwin anda, saya galakkan anda perbanyakkan DIY (DO-IT-YOURSELF). Contohnya boleh gubah barang hantaran kahwin sendiri, jahit baju sendiri jika mahir (dalam masa sama rasa berharga sangat sebab dapat reka baju kahwin sendiri), buat kad kahwin sendiri jika pandai (atau upah sedara mara yang mahir).

Guna juga kreativiti anda untuk dekorasi pada majlis kahwin anda nanti, contohnya gunakan belon, kain renda atau barang-barang terpakai.

Berkenaan gabung majlis, jika pengantin perempuan dan lelaki tinggal berdekatan (sebelah kampung atau satu kampung), boleh berbincang dengan ahli keluarga untuk gabungkan majlis dan buat satu sahaja. Jika ada adik beradik yang nak kahwin dalam masa yang sama, boleh gabungkan majlis dengan mereka juga untuk cut cost.

P/S: Dalam Islam adalah digalakkan untuk mengadakan kenduri atau majlis kahwin untuk menghebahkan perkahwinan yang berlangsung. Malah, majlis kahwin juga merupakan peluang untuk menzahirkan rasa kesyukuran dan berkongsi rezeki dengan menjamu tetamu yang hadir. 

Oleh itu, amat baiklah untuk memastikan majlis perkahwinan yang dibuat nanti tidak membebankan bakal pengantin dan juga ahli keluarga. Semoga anda semua mendapat manfaar daripada perkongsian saya kali ini. 

↣ TERIMA KASIH ↢

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Post a Comment

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner