Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

2 SYARAT UTAMA UNTUK BERKAHWIN AWAL



Assalamualaikum semua, harini terdetik nak berkongsi tentang ilmu perkahwinan yang mungkin tak semua bakal pengantin atau sesiapa sahaja ambil ia sebagai perkara yang sangat penting. 

Dua ilmu yang paling utama ialah Aqidah, diikuti dengan Ibadah dan seterusnya adalah ilmu-ilmu yang lain. 2 perkara ini adalah kunci kepada pasangan muda yang ingin memulakan atau membina masjid dalam usia yang muda.

Soal rezeki, dimana mahu tinggal atau mampu ke kita menghadapi alam perkahwinan itu bukan perkara wajib dalam sesuatu struktur perkahwinan terutama buat yang ingin mencapai rahmat dan redha Allah s.wt.

Hendaklah anda ketahui bahawa perkahwinan bukanlah semata-mata untuk mencari keseronokan hidup bersama pasangan, tetapi ia adalah suatu jambatan menuju pada rahmat dan redha Ilahi. Kepada orang muda diluar sana yang sudah memasang niat ingin berkahwin awal, belajar lengkapkan diri ilmu-ilmu yang berguna, insha Allah akan bahagia rumah tangga anda. Dengan cara tersebut, bukan kita yang akan yakinkan keluarga kita, namun Allah s.w.t sendiri yang akan gerakkan keyakinan itu ke dalam jiwa sanubari keluarga bahawa kita mampu menikah awal.

Kepada yang sudah berkahwin, tidak terlambat untuk anda mencari jawapan bagi menuju ke jalan redha Allah bersama keluarga anda. Yakinlah apabila dengan ilmu yang diamalkan dengan faham dan tahqiq, ianya mampu membantu keseluruahn proses kehidupan kita menuju akhirat.

Menikah dengan ikmu dan kefahaman bukan dengan nafsu dan keinginan semata, insha Allah rumah tangga akan lebih elok. Ingatlah wahai anak muda, jika kita dahulukan sesuatu dengan niat kerana Allah s.w.t , insha Allah segala urusan kita akan dipermudahkan. Mulakan dengan Allah, hidup dengan Allah, berakhir juga dengan Allah. Insha Allah, selamat dunia akhirat.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami