CARA MENGUKUR LILIT JARI UNTUK CINCIN
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
Seperti yang kita tahu, setiap jari berbeza saiznya. Oleh demikian, anda digalakkan untuk mengukur dahulu jari pasangan anda sebelum decide untuk pergi ke kedai barangan kemas. Jarang kita lihat pengantin lelaki menyarungkan cincin di jari pengantin perempuan selain jari manis kan? Dah nama jari manis, mestilah lebih manis kalau cincin yang dipilih itu disarungkan pada jari tersebut.
Amat penting untuk bakal pengantin di luar sana mengambil berat akan cara mengukur lilit jari. Mungkin ada yang berpendapat pergi saja terus ke kedai. Tapi, bukankah lebih romantik atau suprise jika pasangan kita tidak tahu design dan corak cincin yang ingin kita sarungkan pada jari dia nanti. Dalam masa yang sama, dapat membantu anda membuat surprise pada masa akan datang jika anda ingin hadiahkan cincin lagi. Harini, kita nak share dengan anda beberapa cara mudah untuk membantu anda mengukur lilit jari bagi tujuan membeli cincin buat buah hati tercinta.
1) Cara Manual
Cara manual ini anda boleh lakukannya di rumah. Alatan yang anda perlukan sangatlah mudah untuk didapati, iaitu:
→ Kertas / Benang
→ Gunting
→ Pensil
→ Pembaris
Cara-cara mengukur ialah:
➤ Tenangkan jari jemari anda. Gunting kertas lebih kurang 2cm lebar dan untuk kepanjangannya, anggaran adalah sejengkal. Begitu juga ukuran benang. Anda boleh gunting benang anda dalam anggaran sejengkal juga
➤ Ambil kertas atau benang yang anda gunting tadi dan lilitkan ia pada jari manis anda / pasangan anda.
*Info Tambahan: Ukur jari anda pada waktu siang kerana masa ini jari anda mengembang dan mungkin akan jadi berbeza jika anda mengukurnya pada waktu malam. Jangan ukur jari anda sewaktu masih basah. Seeloknya, keringkan dahulu ya.
➤ Tandakan dimana kedua-dua hujung benang / kertas itu bertemu. Jangan terlalu ketat atau longgar. Cukup hanya bila anda selesa semasa memasangnya. Tandakan menggunkan pensil yang anda sediakan tadi.
➤ Setelah siap menanda benang / kertas tadi, ambil pembaris anda dan mulakan mengukur benang / kertas tadi dengan menggunakan ukuran "mm" BUKAN "cm" ya !
➤ Rujuklah panduan saiz cincin atau ukur lilit jari.
2) Kedai Emas
Untuk makluman anda, di kedai emas mereka telah menyediakan alat khas bagi mengukur saiz jari anda. Ini kerana setiap cincin mempunyai saiz yang berbeza. Kita pun sedia maklum bahawa saiz jari juga tidak sama, ada yang tirus panjangnya, ada yang bulat dan macam-macam lagi. Dengan adanya alatan khas ini, ia mampu membantu anda tahu saiz jari anda dengan cepat dan mudah. Hanya perlu masukkan cincin dan cari yang mana satu bersesuaian dengan anda.
Jadi, inilah dua cara yang admin dapat share pada anda untuk mengukur lilit jari pada cincin. Jika ada bakal pengantin yang ingin membuat suprise pada pasangan, admin sarankan anda gunakan cara pertama. Anda juga boleh membuat perbandingan jari anda dengan pasangan, cuma admin tak jamin sama ada ukuran ok atau tidak. Bagi bakal pengantin yang tidak kisah, anda boleh terus ke kedai emas untuk membeli cincin.
Team KR Wedding and Event Planner doakan urusan anda dan pasangan anda untuk mendirikan rumahtangga dipermudahkan dan dipermudahkan juga urusan mencari cincin mengikut saiz jari pasangan anda.
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
Terimakasih atas infonya ya min, sangat bermanfaat.
ReplyDeleteOh ya, sekedar informasi tambahan aja nih.
Bagi yang membutuhkan Sewa AC untuk keperluan berbagai acara seperti event, pameran, pesta dan lain-lain bisa coba menghubungi kami Arthur Teknik.
Salam Blogger min.