TIPS UNTUK BERTUNANG
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
1) Tarikh dan Masa
2) Pertemuan Ringkas
3) Wang Belanja (Kos)
4) Makanan
5) Rakaman
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
Bertunang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh. Walaupun ia hanya sekadar ikatan sebelum anda sah bergelar suami dan isteri, namun banyak perkara yang anda perlu rancang sebelum mengadakan majlis pertunangan. Tidak kiralah majlis yang diadakan secara kecil-kecilan, sederhana atau besar-besaran, anda perlu membuat perancangan yang teliti bagi memastikan majlis pertunangan tersebut berjalan dengan lancar.
Perbincangan Awal
Anda dan pasangan anda perlu berbincang sebaik mungkin tentang perkara-perkara penting sebelum terus memberitahu keluarga masing-masing. Jika perbincangan sudah selesai, tekad dalam apa jua rancangan, barulah anda dan pasangan boleh mengadakan majlis pertunangan secara rasmi. Ia bagi meringkaskan perbincangan semasa majlis pertunangan berlangsung. Namun, ia terpulang pada setiap individu sama ada mereka ingin berbincang lebih dalam sebelum majlis atau ketika majlis.
Antara perkara yang perlu anda bincangkan ialah:
1) Tarikh dan Masa
Kedua-dua belah pihak perlu mengambil kira tentang hari yang ingin diadakan majlis bertunang kerana jika pasangan tersebut dari negeri yang sama, sudah pasti senang untuk anda menjalankan majlis semasa cuti anda. Namun, jika anda dan pasangan dari negeri berbeza anda perlu ambil perhatian kerana sesetengah negeri cuti pada Jumaat dan Sabtu, ada pula yang cuti pada Sabtu dan Ahad. Ini bagi memastikan keluarga dan sahabat terdekat dapat sama-sama menghadiri majlis anda. Anda juga perlu ambil berat tentang masa yang sesuai untuk melaksanakan majlis.Ada sesetengah pihak buat pada belah pagi, selepas zohor atau waktu malam. Itu bergantung pada perbincangan anda dan pasangan.
2) Pertemuan Ringkas
Sebelum majlis pertunangan, kedua-dua belah pihak perlu mengadakan pertemuan ringkas bagi membincangkan perihal pertunangan anak-anak mereka seperti jumlah wang hantaran, jumlah dulang hantaran, tarikh perkahwinan, tempoh ikatan perkahwinan dan banyak lagi. Setidaknya bagi memastikan tidak berlaku kekeliruan semasa majlis nanti.
3) Wang Belanja (Kos)
Bagi memastikan wang belanja yang anda keluarkan tidak membazir untuk sesuatu perkara yang kurang penting, anda perlu membuat checklist terutama bila anda membuatnya secara bersederhana. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, apa salahnya anda berbelanja untuk solekan, jurugambar, mini pelamin, cincin dan sebagainya. Namun begitu, anda perlu perkara yang lebih sesuai bagi memastikan majlis anda tidak kelam-kabut. Anda juga boleh selitkan tema majlis jika perlu, bagi menampakkan keseragaman dan kecantikan ketika majlis.
4) Makanan
Hal ini sangatlah penting kerana anda ingin menjemput orang datang ke majlis pertunangan anda terutama bagi keluarga yang datang dari jauh. Tidak kiralah secara bergotong-royong (rewang) atau menggunakan perkhidmatan katering. Bagi orang yang sudah terbiasa dengan keadaan kampung, mereka lebih gemar bergotong-royong namun jika anda ada bajet lebih, tak salah menggunakan servis dari katering.
5) Rakaman
Tidak kiralah rakaman atau gambar melalui smartphone atau kamera, pastinya anda ingin menyimpan kenangan semasa majlis pertunangan anda berlangsung. Tidak salah mengunakan servis dari sedara-mara atau ahli keluarga dalam merakamkan detik majlis pertunangan anda. Masih juga tersimpan saat-saat indah tersebut, dalam masa yang sama dapat mengurangkan kos perbelanjaan. Namun begitu, semua terletak di tangan anda.
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
Comments
Post a Comment