PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
Anda dan pasangan dan ambil keputusan untuk berkahwin ? Tapi ... mesti tak tahu mana nak mulakan dulu kan ? So, harini saya nak share beberapa persediaan penting menuju ke hari perkahwinan. Jangan risau, insha Allah sedikit sebanyak pasti dapat membantu anda dan pasangan.
PERSEDIAAN MENJELANG HARI PERKAHWINAN:
12 - 9 Bulan Sebelum Majlis
1) Pilih Tarikh - Bincang dengan ahli keluarga kedua belah pihak supaya senan nanti mereka nak berkumpul dan ambil cuti (bagi yang bekerja)
2) Pilih Tempat (Rumah atau Dewan) - Bagi yang buat dirumah senanglah, cuma perlu adjust mana nak letak kanopi, mana nak letak pelamin dan sebagainya. Bagi anda yang decide untuk buat majlis di dewan, survey dan book segera sebab kebiasaannya dewan ni dalam tempoh setahun awal kejap je dah fully booked. Kang tarikh korang nak tak dapat dewan dah susah.
3) Sediakan Bajet - Ini penting supaya korang tak terlebih belanja dan membazir. Tahu tak macam mana nak set bajet ??
9 - 6 Bulan Sebelum Majlis
1) Pilih Tema - Masa ni dah boleh decide dah korang nak tema apa dan macam mana. Tradisional ke, bollywood ke, tema dalam taman ke. Time ni dah boleh start cari inspirasi.
2) Buat survey untuk setiap vendor perkahwinan - Survey vendor yang diperlukan sebagai contoh Baju Pengantin, Jurumekap, Jurugambar, Henna Artist dan sebagainya.
3) Sediakan senarai jemputan atau buat anggaran - Tanya pada ibu bapa berapa anggaran jemputan mereka. Kadang jemputan diorang lagi ramai daripada kita yang pengantin ni tau. Huhu.
6 - 4 Bulan Sebelum Majlis
1) Mula buat tempahan dengan vendor perkahwinan yang available - Seperti yang kita dah beritahu iaitu jurugambar, bridal, catering (jika guna perkhidmatan katering) dll
2) Apply cuti - Penting ni. Nanti kang tak memasal tak dapat kahwin sebab apply cuti last minit tak lepas.
3) Beli barang hantaran - Boleh dah start survey tempat-tempat yang buat sales untuk barang kahwin, dapat bantu kurangkan perbelanjaan anda.
4) Hadir kursus pra-perkahwinan - Taknak kahwin ke ? Mestilah nak kan, dah plan macam-macam. Macam tu, pastikan buat atau hadir kursus kahwin yang akan dijalankan oleh pihak bertauliah.
3 - 2 Bulan Sebelum Majlis
1) Serah dokumen di pejabat agama - Untuk tempahan tok kadi, pendaftaran perkahwinan dan sebagainya yang berkaitan.
2) Buat ujian saringan kesihatan - HIV ni sangat penting bagi memastikan kedua-dua bakal pengantin berada dalam keadaan sihat untuk bersama. Jika mungkin salah seorang menghadapi masalah namun ingin meneruskan majlis, ia boleh dijalankan namun perlu mendapat pantaun dari pihak yang betul.
3) Buat tempahan selanjutnya bagi mana-mana vendor yang belum settle - Sebagai contoh Baju Pengantin, Doorgift dan sebagainya. Kira sampingan yang belum selesai boleh diselesaikan dalam jangka masa 3 bulan akhir ni. Kadang tu bajet duit kita baru ada masa bulan ni kan, so selesaikan mana yang patut.
4) Edar kad kahwin - Masa ni dah boleh start edar kad jemputan supaya tetamu terutama sedara mara dapat membuat perancangan awal untuk hadir bagi memeriahkan majlis.
1 Bulan Sebelum Majlis
1) Fitting Baju Pengantin - Ini sangatlah wajib ! Takut dalam masa nak sampai ke tarikh majlis, tetiba korang terkurus ke tergemok ke. Apa-apa masalah yang jadi sekalipun masih sempat lagi nak alter
2) Semak semua tempahan yang perlu dibuat - Jika perlu, follow up mana-mana vendor yang belum bagi update pada kita. Supaya tak kelam-kabut masa majlis nanti
3) Pastikan semua dokumen berkaitan pernikahan selesai - Waktu ni dah wajib selesaikan semua dokumen supaya masa majlis nikah tak serabut.
2 -1 Minggu Sebelum Majlis
1) Deko Hantaran - Kalau tak sempat buat sendiri, minta tolong adik-beradik atau tempah saja dengan mana-mana penggubah hantaran. Tapi, rujuk mak dulu, kadang mak lagi expert dari orang lain. Huhu !
2) Final confirmation / follow up - Pastikan anda follow up semua vendor yang anda tempah termasuk tok kadi supaya mereka tak lupa yang kita dah nak kahwin minggu ni.
3) Meeting dengan keluarga untuk pengagihan semasa majlis - Parents bahagian apa, adik beradik kena urus yang mana, kalau ada kawan-kawan diorang kena buat apa dan sebagainya supaya dapat melancarkan majlis nanti.
1 Hari Sebelum Majlis
1) Pastikan pakaian pengantin sudah digosok - Masa ni tengok baju pun dah nervous untuk esok.
2) Berikan nombor telefon person in charge semasa majlis kepada semua vendor perkahwinan - Supaya mudah untuk mereka berhubung dan update pada pihak kita. Takkan diorang nak contact korang pulak masa majlis kan. Kalau taknak susah, bagi je phone korang tu pada person in charge.
Semasa Hari Perkahwinan
Enjoy the day ! Tarik nafas dalam-dalam, tenang dan selawat serta doa semoga segala urusan dilakukan pada semasa hari majlis dipermudahkan. Selamat menempuhi perjalanan dalam menjadi raja dan ratu sehari.
Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
nice sharing
ReplyDelete