Skip to main content

Featured

wedding planner terbaik Batu Pahat

Wedding Planner Paling Lengkap di Batu Pahat Johor – KR Wedding and Event Planner Mencari wedding planner yang urus semuanya dari A sampai Z tanpa pening kepala? KR Wedding and Event Planner menyediakan servis perkahwinan lengkap dengan konsep eksklusif, fast respond dan layanan mesra untuk setiap bakal pengantin. Kami percaya hari bahagia anda perlu berjalan lancar, cantik dan tersusun. Sebab itu team kami sentiasa fokus pada servis terbaik dan detail majlis supaya pengantin boleh enjoy moment tanpa stress. Full Pakej Wedding Lengkap Dalam Satu Tempat Antara servis yang disediakan: ✅ Pelamin eksklusif ikut tema ✅ Dekorasi dewan dan canopy ✅ Katering lengkap ✅ Emcee majlis ✅ Photography & videography ✅ Makeup artist ✅ Baju pengantin custom ✅ Wedding coordinator ✅ Homestay pengantin & keluarga Paling menarik, kami juga mempunyai venue dan homestay sendiri iaitu Sainia Event Space yang sangat sesuai untuk majlis perkahwinan, family gathering da...

WANG HANTARAN DAN MAS KAHWIN ITU BERBEZA

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Walaupun dah nak kahwin esok lusa, masih ramai yang tak faham atau confuse tentang perbezaan antara Mas Kahwin dan Wang Hantaran. Apa yang mereka faham hanyalah kedua-dua wang tersebut harus diserahkan kepada pihak perempuan. Ada yang faham, jangan salah faham. Cuma masih ada segelintir kecil yang kurang faham kenapa perlu berbuat demikian. Sedangkan masyarakat kita sendiri terlalu terikut trend sampai kalau tak buat sesuatu yang mengikut adat pasti rasa tak lengkap.


"Mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga TIDAK BOLEH mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut".

1) Mas Kahwin (Mahar)

Istilah Syara" : Suatu pemberian yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. 

Abu Hanifah : Isteri berhak mendapat mas kahwin apabila akad nikahnya sah. Pemberian mas kahwin akan menjadi hak sepenuhnya isteri. Suami mahupun keluarga tidak boleh mengambil sedikit pun bahagian daripada mas kahwin tersebut melainkan sekiranya dibenarkan oleh si isteri.

Firman Allah swt yang bermaksud " Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu mas kahwin mereka" - (Surah An-Nisaa : 4)

Sabda Rasullullah saw yang bermaksud : "Carilah untuk dijadikan mas kahwin mahupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi". - (Riwayat Bukhari)

Namun begitu, harga mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri. Perundangan syariah di negara kita adalah dibawah bidang kuasa setiap sultan di setiap negeri seperti yang telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna perkara berdasarkan perkahwinan adalah berlainan di antara negeri-negeri di Malaysia. Oleh demikian, mas kahwin yang ditetapkan di setiap negeri adalah berlainan


2) Wang Hantaran

Merupakan satu bentuk hadiah yang berupa wang tunai yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak keluarga. Ia juga bukanlah hak milik mutlak sepenuhnya si isteri kerana ia boleh diberikan kepada keluarga untuk menyelenggara majlis perkahwinan. 

Apa yang paling penting, pemberian Mas Kahwin adalah WAJIB dan Wang Hantaran adalah TIDAK WAJIB. Seperti yang telah diperjelaskan di atas, mas kahwin adalah hak milik isteri dan wang hantaran boleh diberikan pada ahli keluarga untuk mereka gunakan sewaktu majlis keraian dijalankan.

Secara kesimpulannya, Islam tidak mengalakkan umatnya untuk meletakkan mas kahwin terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami