KASUT TUMIT TINGGI PENYERI RATU SEHARI

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/





Gaya si ratu sehari tak akan lengkap tanpa menyarung dan mengayakan kasut tumit tinggi di majlis perkahwinan. Selain memberi keyakinan pada si pemakai ketika melangkah masuk ke mahligai bahagia, kasut tumit tinggi juga membantu memberi aura keserian disamping busana pengantin yang cukup anggun dan ekslusif yang di pakai oleh ratu sehari. 

Terdapat 10 jenis kasut tumit tinggi yang mungkin sesuai dipakai ketika majlis bersanding: 


1) Sling Back 

Kasut tumit tinggi jenis ini sesuai dipakai oleh si gadis yang mempunyai tumit mulus dan indah. Sling Back berfungsi dalam menjaga tumit tinggi agar tidak mudah terlepas dari kaki saat disarungkan untuk menyenangkan si pemakai bergerak. 

*sumber dari Google


2) Spool Heels

Diberi nama Spool sempena adaptasi dari bentuk spool, tempat menggulung benang jahit. Tumit tinggi jenis ini berbentuk bulat bermula dari seat heels dan mengecil pada bahagian tengah kemudian melebar kembali pada bahagian bawah. Spool heels memiliki beberapa variasi dan umumnya disesuaikan untuk jenis tumit yang sedang. 

*sumber dari Google


3) Cone Heels

Cone Heels menjadi moedl tumit tinggi wanita yang memiliki gaya beragam serta sering menjadi sumber kreativiti pereka kasut. Memiliki ukuran yang sama dengan tumit  dan semakin kecil di bahagian atas kasut. Ia juga sering disebut sebagai Stiletto. 

*sumber dari Google


4) Pump Heels 

Juga disebut sebagai high heels yang mempunyai ciri-ciri yang tinggi dan menutupi setiap sisi kaki. Apa yang membezakan pump heels ni dengan kasut tumit tinggi yang lain ialah bahagian depannya yang membulat dengan tumit style Stiletto. Ia juga memberikan ilusi yang lebih langsing dan feminin. 

*sumber dari Google


5) Wedge Sandal 

Wedge ialah model tumit tinggi yang memiliki ciri-ciri tebal di bahagian permukaan kaki. Dengan tebalnya tapak kasut, si pemakai mendapat manfaat sama seperti memakai high heels iaitu menambah ketinggian si pemakai. Selain itu, ia memudahkan pergerakan dan memberi keselesaan pada ratu sehari kita dalam mengayakannya selama sehari dikhayalak ramai. 

*sumber dari Google 


6) Stiletto 

Diberi nama stiletto kerana bentuknya yang seperti tangkai. Rekaannya mampu memberi ilusi kaki yang lebih ramping dan tampak lebih tinggi pada si pemakai. Ia cukup sesuai digayakan oleh gadis bertubuh genit atau petite. 

*sumber dari Google


7) Scarpin 

Scarpin merupakan salah satu jenis kasut tumit tinggi dengan rekaan yang lebih klasik dan elegan. Rekaan kasut ini kelihatan seperti Stiletto juga namun depannya lebih runcing dan tajam. 

*sumber dari Google


8) Peep Toe 

Bahagian depan kasut tumit tinggi ini direka sedikit terbuka dan menampakkan sebahagian kecil kaki sahaja. Ia sesuai digunakan bagi gadis yang mempunyai kaki kerap berpeluh kerana ia memberi ruang pengaliran udara yang baik. 

*sumber dari Google


9) Kitten 

Eh! Dah macam anak kucing pula. Huhu. Ia dikenali juga sebagai short Stiletto dan hanya memiliki ketinggian sekitar 1 inci hingga 1.75 inci sahaja. Ketinggian kasut ini memberi lebih keselesaan pada si pemakai atau ratu sehari kita. Ia juga sesuai dipakai dengan penampilan yang formal. 

*sumber dari Google 


10) Prisma

Prisma memiliki bentuk jenis penuh dimana bahagian atas lebih besar dan sisinya semakin mengecil hingga ke bawah seperti Cone Heels. Tidak jauh beza dengan wedges cuma Prisma mempunyai bahagian bawah tumit yang semakin kecil. Namun, bergantung pada pemilihan kasut tersebut. Pastikan ia bersesuaian dengan majlis atau event yang anda hadiri. Bagi si ratu sehari, mungkin anda boleh cari kasut Prisma yang bersesuaian. Untuk contoh seperti diatas, agak tidak sesuai dipakai ketika majlis bersanding. 

Itu sahaja info atau maklumat yang dapat admin share hari ini. Semoga bermanfaat buat bakal-bakal pengantin perempuan diluar sana. 


Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner