Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

JAWAPAN YANG BAKAL PENGANTIN LELAKI PERLU SEDIA

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



Kebanyakkan bakal pengantin lelaki akan resah dan gelisah sehari sebelum majlis akad nikah, risau soalan apa akan diaju oleh tok kadi, berapa kali lafaz akad untuk menikahi si pengantin perempuan. 

Jadi, admin nak share sikit beberapa soalan yang mungkin tok kadi atau bakal pak mertua yang akan ajukan pada bakal pengantin lelaki. Semoga bermanfaat! 

Sebelum jawab, tarik nafas dan hembus. Relax. Insha Allah, everything gonna be okay!


1) Istighfar 

"أَسْتَغْفِرُ الله الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ" 

- Aku memohon ampun kepada Allah, Yang tiada tuhan yang berhak diibadahi dengan benar selain Dia, Yang Maha Hidup, Yang Maha Mengurus, dan aku bertobat kepada-Nya



2) Menyebut Kalimah Syahadah

أشهدُ أنْ لا إلهَ إلاَّ الله وأشهدُ أنَّ محمّدًا رسولُ الله

- Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah selain Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

3) Membaca Surah Al-Fatihah 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ


الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
 
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيم


مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Ertinya: 

  1. "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".
  2. "Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam".
  3. "Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".
  4. "Yang menguasai di Hari Pembalasan".
  5. "Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan".
  6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus",
  7. "(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat".


4) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw

"Allahumma Solli Wa Sallim Ala Sayyidina Muhammad Wa Ala Saiyyidina Muhammad"
اللَّهُمَّ صَلِّ .

5) Menyebut Rukun Islam 

1 - Mengucap 2 kalimah Syahadah 
2 - Solat 5 waktu 
3 - Berpuasa di Bulan Ramadhan 
4 - Bayar Zakat 
5- Menunaikan Haji (bagi yang mampu) 


6) Menyebut Rukun Iman 


1 - Beriman kepada Allah 
2 - Beriman kepada Malaikat 
3 - Beriman kepada Al-Quran 
4 - Beriman kepada Rasul 
5 - Beriman kepada Hari Akhirat 
6 - Beriman kepada Qada' dan Qadar 


7) Menyebut Rukun Nikah 

1 - Pengantin Lelaki 
2 - Pengantin Perempuan 
3 - 2 Saksi 
4 - Wali 
5 - Ijab dan Qabul

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami