HINDARI 6 JENIS LELAKI SEBELUM TEKAD BERKAHWIN!!

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/








Kata orang, cinta memang menyeronokkan jika ia diungkapkan dari bibir insan yang tersayang dan teristimewa. Setia pula jangan cerita, tiada sesiapa boleh mendekati kerana rasa cemburu bakal menanti. Wah! Sayang sungguh pada yang satu itu. 

Selagi anda belum duduk sebumbung, belum menjaga makan dan pakainya, belum tidur sebantal. Nah! Sedikit pun anda tidak mengenali lagi perangai sebenar pasangan anda. Jadi, sewajarnya, walau sebelum kahwin semuanya tampak indah. Anda seeloknya selidik terlebih dahulu si dia sebelum bersetuju mengikat janji bersama. Ingat! PERKAHWINAN ITU BUKAN SUATU PERMAINAN. 

Ikuti enam tips ini agar anda lebih sedia dan berhati-hati dalam menerima seseorang lelaki dalam hidup anda. 


1) SUKA MEMANDANG RENDAH 

Seorang wanita jangan sesekali tunjuk bahawa anda kelihatan lemah dalam menangani masalah dengan lelaki. Jangan khuatir dalam memutuskan perhubungan jika dirinya tidak layak bergelar suami jika si dia sering merendah-rendahkan kebolehan anda. Sedangkan sebelum kahwin dia sudah berani menghina dan mengkritik, pasti bila berkahwin belangnya akan semakin terlihat. Oleh itu, buatlah keputusan sekarang dan berdoa agar anda dipertemukan dengan seorang lelaki yang selayaknya untuk anda. Insha Allah!


2) TERGESA-GESA UNTUK BERKAHWIN 

Tidak sampai sebulan perkenalan, tiba-tiba si lelaki sudah ajak ke fasa seterusnya. Serius katanya, tetapi sangat jarang kita berjumpa lelaki seperti ini kerana mungkin mereka gemar berkenalan lebih lama. Sekiranya anda berkenalan dengan lelaki dan mereka memutuskan untuk berkahwin walhal anda belum cukup mengenali, anda harus lebih berhati-hati kerana ada golongan lelaki yang sekadar ingin menganiaya dan menyakiti. Perlu admin ingatkan perkahwinan bukan suatu permainan kerana zaman sekarang terlalu banyak kes isteri didera, dipukul dan sebagainya. 


3) MULUT MANIS 

Rimas rasanya jika kerap kali anda dengar kata-kata manis daripada si dia sedangkan perkenalan anda baru masuk sebulan dua. Hati wanita mudah cair sekiranga mendengar pujian dan kata pujangga dari si lelaki. Akan tetapi anda hendaklah berwaspada sekiranya si dia hanya mengambil kesempatan di atas kelembutan hatimu itu. Kalau boleh jangan terlalu percaya dengan janji yang diberi sebelum kalian berdua bergelar suami dan isteri. 


4) KERAP MEMINJAM WANG 

Sikap yang satu ini juga jangan anda ambil ringan. Jika hutangnya pada anda atau orang sekeliling semakin bertambah tanpa ada bayaran semula, anda perlu ambil perhatian. Lagi perit jika dia kata anda mengungkit atau tidak ikhlas menolongnya semasa anda meminta dia untuk memulangkan duit anda atau orang lain. Hindarilah lelaki jenis ini untuk dijadikan suami atau ketua keluarga anda, bimbang akan timbul kucar-kacir pada mahligai yang ingin anda bina bersama. 


5) KUAT CEMBURU 

Jangan ingat perempuan sahaja ada perasaan cemburu yang kuat kerana lelaki juga lebih kurang sama, tetapi mereka lebih rela menjadi ego dari menunjuk sikap sebenar kuat cemburu mereka itu. Memang benar cemburu itu tandanya sayang, tapi ia juga perlu ada batasnya. Nak-nak bila si dia sering mengesyaki anda mempunyai lelaki lain atau berfikir negatif tentang anda. Anda harus berfikir 1000 kali atau sejuta kali untuk berkahwin dengannya, kerana mungkin ia akan membuat anda tambah derita dek kerana si lelaki tidak membenarkan anda bergaul atau bercampur dengan orang sekeliling. 


6) SUKAR MENGAWAL PANAS BARAN 

Tanda lain yang mungkin boleh dikategorikan sebagai paling teruk bila lelaki itu tidak pandai mengawal panas barannya. Sikap dan tingkahnya yang membuat anda sukar mengenali kerana ada masa dia nampak baik, tapi bila sampai mood barannya, dengan anda sekali dia maki. Sikapnya yang sebegitu membuatkan anda perlu berhati-hati dalam berkata atau membuat sesuatu. Jika pada mulanya anda sudah nampak belangnya, sebaiknya anda mulalah jarakkan diri anda darinya kerana risau mungkin anda akan sukar untuk kecapi bahagia dengan si dia jika sikapnya terus begitu. 

Terkadang, walau sayang mana kita pada seseorang itu, jika dia memberi impak buruk pada kita, seeloknya kita bawalah hati kita dari bersamanya. Ini kerana kelak, jika anda lambat tersedar, atau anda tidak sanggup berkorban, anda sendiri yang akan menyesal di kemudian hari. 

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner