Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

5 TIPS MEMAKAI KASUT TUMIT TINGGI

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/



Kasut tumit tinggi pastinya menjadi pelengkap kepada gaya si ratu sehari untuk tampil bergaya dan cantik di hari perkahwinan nanti. Tetapi, kita sering dengar atau terbaca keburukan jika tersalah pakai kasut yang tidak bersesuaian dengan bentuk kaki atau memakainya terlalu. 

Kali ini, nak share tentang tips memakai kasut tumit tinggi bagi wanita di luar sana. Semoga bermanfaat ok! 


1) Pilih Ketinggian Yang Sesuai 

Digalakkan bagi wanita di luar sana terutama bakal pengantin kita untuk memilih tumit kasut yang sesuai dan wajar bagi memudahkan pergerakkan anda. Bagi yang sudah biasa memakai kasut tumit tinggi, anda mungkin boleh meragakan dengan ketinggian yang anda inginkan, tetapi bagi yang kurang biasa, digalakkan untuk memilih kasut yang kurang tinggi atau memilih kasut jenis wedges. 

*gambar dari Google


2) Rehatkan Kaki 

Seeloknya rehatkan kaki anda seketika bagi membiarkan ia bernafas dan mengurangkan geselan menyebabkan kaki anda melecet. Tanggalkan kasut tumit anda dan regangkan atau urut kaki anda perlahan-lahan. Tambah kusyen pada tapak kasut anda jika perlu supaya anda tidak merasa sakit.

*gambar dari Google


3) Cara Berjalan 

Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama sepertimana anda memakai kasut berpermukaan rata. Dengan setiap langkah yang diambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu kemudian baru jari kaki anda. 

*gambar dari Google


4) Beli Jenama dan Kualiti Terbaik 

Biasanya, kasut berjenama terkemuka direka dengan baik dan berkualiti buat si pemakai. Sekiranya anda ingin membelinya, belilah yang berkualiti dengan harga yang selayaknya. Anda ingin selesa memakai dan rasa tak rugi melabur banyak atau anda ingin menyesal dikemudian hari disebabkan kaki anda tidak selesa dan sakit memakai kasut tumit tinggi yang dijual dikedai-kedai biasa?? Renung-renungkan dan selamat beramal. Hihi 

*gambar dari Google


5) Pilih Material Yang Sesuai 

Kini terdapat banyak pilihan fabrik kasut tumit yang boleh anda pilih seperti getah PVC, kasut jeli, kulit dan sebagainya. Saranan admin, pilihlah fabrik kasut dari kulit atau yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang terletak pada kaki, pilihlah kasut getah PVC kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki. 

Baiklah. Itu sahaja sharing saya pada hari ini. Jangan lupa share ya. 

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷

WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami