Skip to main content

Featured

Pakej Kahwin India Muslim Malam – Majlis Eksklusif Mengikut Bajet di Batu Pahat

Di KR Wedding, setiap majlis adalah kisah yang unik. Baru-baru ini, kami diberi amanah untuk menguruskan majlis perkahwinan India Muslim pada waktu malam di Batu Pahat. Apa yang membuatkan majlis ini begitu istimewa ialah pesanan daripada ibu pengantin lelaki: > “Saya cuma ada seorang sahaja anak lelaki. Saya nak majlis ini nampak hebat, tetapi tetap mengikut bajet kami.” Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri perkahwinan, kami tahu bagaimana untuk merealisasikan impian beliau tanpa mengorbankan kualiti dan kemewahan suasana. --- Perancangan Majlis – Mengikut Bajet, Tetap Nampak Eksklusif Untuk memastikan majlis malam ini meninggalkan kesan mendalam, kami fokus kepada: 1. Reka Pelamin Eksklusif – Pelamin bercahaya lembut dengan kombinasi lampu warm white dan panel moden, sesuai dengan suasana malam. 2. Dekorasi Meja Tetamu – Sentuhan elegan dengan bunga segar dan kain meja rona keemasan. 3. Pencahayaan Majlis – Lighting profesional untuk menonjolkan pengantin di pentas u...

13 TIPS PERKAHWINAN

https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/


Siapa yang tak teringin mengecapi kebahagiaan bersama insan pilihan hati. Dari berkenalan, bercinta, berkahwin hingga ke tua. Namun, tak pernah kita terfikir adakah insan yang kita pilih itu benar terbaik buat kita. Kata orang cinta itu buta, kerana cinta orang sanggup membuat apa sahaja.  

Harini admin nak share sikit tips perkahwinan bagi lelaki dan perempuan di luar sana. Insha Allah, bermanfaat buat anda yang membaca. 😙


1) Ketika Mencari Calon 

Janganlah mencari isteri, carilah ibu untuk anak-anak. Janganlah mencari suami, carilah ayah buat anak-anak kita. Fikir jangka masa lama untuk masa hadapan kita nanti. 

2) Ketika Melamar 

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua / wali si gadis, tetapi anda meminta kepada Allah melalui orang tua / wali si gadis. 

3) Ketika Akad Nikah 

Anda berdua bukan bernikah dihadapan penghulu / kadi / saksi, tetapi anda bernikah dihadapan Allah.


4) Ketika Resepsi Pernikahan 

Catat dan hitung semua tetamu yang diundang untuk mendoakan kebahagiaan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua, dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana anda telah mensia-siakan doa mereka untuk anda. 

5) Ketika Malam Pertama

Bersyukur dan sentiasa bersabar. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan anak malaikat. Tiba masa, Allah beri rezeki zuriat buat anda jika Dia merasakan anda mampu menjaga zuriatmu sendiri nanti. Cepat atau lambat rezeki zuriat tu, jangan anda pernah pertikai kuasa Allah swt. 


6) Hidup Berkeluarga 

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertaburan bunga, tapi semak dan belukar yang penuh onak dan duri. Hidup berkeluarga tak selalunya indah, jadi bersabar dan tempuhi hidup berumah tangga bersama-sama. Jika suami mengalah, isteri perlu beri dorongan bukan menambah garam pada makanan yang telah masin. Begitu sebaliknya. 

7) Ketika Rumahtangga Goyah 

Jangan saling berlepas tangan, tetapi sebaliknya eratkan lagi pegangan tangan menghadapi hidup berumahtangga. 

8) Ketika Belum Memiliki Anak 

Cintailah si isteri atau si suami anda 100% sebagaimana anda mencinta dan menyayangi mereka ketika sebelum berkahwin. 


9) Ketika Memiliki Anak 

Cintailah suami atau isteri anda 100% dan begitu juga anak-anak anda. Sayangi mereka juga 100% kerana anak itu amanah yang diberi dari Allah buat anda suami isteri. 

10) Ketika Ekonomi Merundum 

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan anda suami dan isteri. 

11) Ketika Ekonomi Baik 

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup anda yang sentiasa berada disamping anda semasa susah dan senang. Terutama ketika si isteri membantu si suami dalam mengurus perihal kewangan keluarga. Si suami jangan lupa pengorbanan si isteri yang satu itu. 


12) Ketika Anda Seorang Suami 

Boleh bermanja-manja dengan si isteri, tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila si isteri memerlukan pertolongan dari anda seperti menyediakan kemudahan untuk isteri dan anak-anak dan sebagainya. 

13) Ketika Anda Seorang Isteri 

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah-lembut, namun sentiasa berhasil dalam menyelesaikan perihal rumahtangga dari menyediakan makan pakai suami, urusan anak dan sebagainya.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan Pakej Kahwin dan dekorasi Pelamin dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷


WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094

EMAIL: krweddingevent@gmail.com


INSTAGRAM: krweddingevent

#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor

Comments

Popular Posts

Location KR Wedding and Event Planner

💬 WhatsApp Kami