TIPS PERSIAPAN SEMINGGU SEBELUM MAJLIS PERNIKAHAN
https://www.facebook.com/pakejkahwinbatupahat/
1 : Mesyuarat dengan Ahli Keluarga Terdekat
Perbincangan dengan ahli keluarga adalah sangat perlu bagi melancarkan perjalanan majlis. Semasa perbincangan dilakukan, anda bolehlah memberitahu apakah perkara yang anda rancang dan bagaimana cara untuk melaksanakannya.
Yang penting, semua perlu tahu dan sepakat dengan apa yang telah dirancang. Adalah digalakkan untuk menyediakan 'Master Plan" majlis dan lebih bagus jika dapat ditampal atau diedarkan bagi memudahkan semua orang membuat rujukan. Buatlah satu group Whatsapp khas untuk majlis anda. Trend kan, lagipun senang nak sampaikan apa-apa maklumat.
2 : P.I.C Tugasan (Person in charge)
Untuk lebih sistematik, lantiklah Ketua / PIC daripada kalangan ahli keluarga untuk setiap tugasan yang perlu disiapkan. Setiap Ketua / PIC bertanggungjawab menjalankan amanah yang diberikan. Jika ada masalah timbul, hanya perlu merujuk Ketua / PIC sahaja tanpa melibatkan ramai orang.
3 : Bridesmaid
Bridesmaid merupakan Pembantu Kanan kepada Pengantin Perempuan
Tugas mereka banyak sebenarnya, antaranya menjadi pendamping sepanjang majlis, membantu persiapan pengantin, penjaga barangan peribadi pengantin, beri doorgift kepada tetamu dan yang penting membantu pengantin untuk rasa lebih tenang.
Biasanya yang kita lihat bridesmaid yang jadi pengapit ni lah yang tukang kipas pengantin, tukang lap peluh, tukang betulkan tudung. Haaaa, banyak tau tugasan Pengapit. Jika ada budget lebih, bolehlah sediakan pakaian sedondon untuk mereka, tapi PERINGATAN jangan pakaian Bridesmaid anda lebih menonjol daripada anda sebagai Pengantin.
4 : Follow Up Bridal, Katering (jika ada), Jurugambar atau Wedding Planner
Baru-baru ni heboh pasal katering tak datang serve makanan di majlis kahwin. Ada juga isu Pelamin ditempah lain, dapatnya design lain. Salah satu sebabnya adalah TIDAK follow up tugas mereka. Jika ada jadual / plan majlis yang berubah, mereka inilah yang perlu anda beritahu dahulu. Pastikan mereka dapat hadir ke majlis anda pada masa yang telah ditetapkan. Lebih mudah jika anda lantik P.I.C untuk uruskan mereka.
Nak lebih mudah ambil servis atau pakej dari Wedding Planner yang berpengalamn dan bertauliah (seperti KR Wedding and Event Planner) supaya dapat membantu dan meyakinkan kita untuk follow up segala persiapan dengan kaedah paling selamat dan sistematik. Senang cerita, tuju hanya pada satu pihak sahaja dah tak payah pening-pening lagi nak follow up banyak pihak.
5 : Borang Nikah dan Tok Kadi
Sentiasa Follow Up TOK KADI !
Pernah kami alaminya, Tok Kadi yang sepatutnya hadir untuk majlis pernikahan sebelah pagi tapi tidak hadir kerana telah ke Kuala Lumpur. Tak ke haru macam tu ? Orang pentingnya tiada masa majlis berlangsung ? Sudahnya, terpaksa majlis kenduri diteruskan tengah hari sementara menunggu Tok Kadi pulang dan Majlis Nikah hanya dapat dilangsungkan pada sebelah petang.
6 : Rombongan Pengantin Lelaki
Ramai yang terlepas pandang akan hal ini. Seringkali kami lihat kebajikan rombongan pengantin lelaki agak terabai. Mereka merupakan tetamu utama dan sepatutnya ada layanan khas diberikan kepada mereka.
Jika rombongan jauh, sediakan tempat penginapan adalah perlu. Jangan lupa untuk urus juga makan minum mereka sepanjang menjadi tetamu anda. Lantiklah seorang pengurus, contohnya makcik anda ke untuk menguruskan rombongan pihak lelaki ni. Yela, rombongan kalau 2 bas kan ramai tu, kelak anda mesti dipuji atas layanan yang memuaskan dari pihak perempuan.
7 : Fitting Session
Try la semula baju yang telah ditempah tu, kalau ada apa-apa perubahan masih sempat untuk dibuat. Yela, masa mula-mula test 3 bulan yang lepas, tup-tup badan dah SLIM ke, kan nampak gedoboh pula baju tu.
8 : Atur Aktiviti Seminggu Terakhir
Janganlah jadi hero nak buat semua perkara. Jika anda rancang aktiviti yang perlu dilakukan, insha Allah akan lebih teratur dan senang. Waktu rehat yang cukup sangatlah diperlukan sebab pada majlis 100% tenaga anda diperlukan. Jangan skip waktu tidur dan jangan skip makan ya !
Boleh kunjungi mana-mana SPA berdekatan untuk memanjakan diri dan merehatkan minda tu.
9 : Berdoa dan Bertawakal
Sebagai hamba, kita hanya mampu merancang, namun percayalah perancangan yang terbaik datangnya daripada Allah yang Maha Esa.
Jadi, sentiasalah berdoa semoga Allah melancarkan dan bantu permudahkan segala yang kita rancang. Kenduri-kenduri juga, solat jangan tinggal ya.

Anda berminat untuk melihat dan bertanya lebih lagi berkenaan perkhidmatan dan dekorasi dari kami ?? Boleh tekan link di bawah ↷
WHATSAPP / TELEFON: (+60) 17 - 6457094
EMAIL: krweddingevent@gmail.com
FACEBOOK: KR Wedding and Event Planner
INSTAGRAM: krweddingevent
#krweddingevent #weddingplanner #eventplanner #bridalbatupahat #bridaljohor #pelaminbatupahat #pelaminjohor #butikpengantinbatupahat #butikpengantinjohor #minipelaminbatupahat #minipelaminjohor
Comments
Post a Comment